Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aduan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. "Jumlah aduan berasas dalam kalangan aduan-aduan yang dilaporkan dalam tahun 2021". Adakah penggunaan frasa DALAM KALANGAN tersebut betul? Atau adakah cadangan frasa yang lebih sesuai untuk menggantikannya? (Nota: Saya wajib kekalkan perkataan lain selain itu atas arahan pensyarah)Frasa dalam kalangan betul.Tatabahasa09.07.2021
1)sifat (Istilah Inggeris) 2)aduan (Istilah Inggeris)1)sifat-trait 2)aduan-complaintIstilah28.06.2011
apa perbezaan antara menyiasat dan menyelidik

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menyiasat bermaksud 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat.

Perkataan menyelidik pula bermaksud 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh.

Istilah14.07.2009
definisi untuk; 1. Pertanyaan : 2. Aduan : 'Dalam konteks umum dan juga konteks KPM'

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertanyaan ditakrifkan sebagai 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; manakala aduan pula ialah 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis.

Istilah13.11.2009
Salam sejahtera. Mohon khidmat nasihat tentang penggunaan dari dan daripada, yang mana satukah yang tepat - 1) Saya, pelajar dari kelas 2 Anggerik, ingin membuat aduan mengenai pemandu bas yang kurang bertanggungjawab. 2) Saya, pelajar daripada kelas 2 Anggerik, ingin membuat aduan mengenai pemandu bas yang kurang bertanggungjawab.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman, kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos. Penggunaan "dari" lebih sesuai bagi ayat berikut.Tatabahasa25.01.2016
(1) Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) menggunakan ejaan "Klang Bandar DiRaja". (2) Ejaan yang betul ialah: Diraja (bukan DiRaja). (3) Mohon pihak DBP nasihatkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya perbetulkan. (4) Banyak terdapat di Shah Alam.
Kami mengambil maklum akan aduan ini, tindakan susulan akan diambil kepada pihak yang berkenaan. Untuk makluman saudara juga, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melalui domain "Pantau Tegur Bahasa". 

Sebagai badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.



Lain-lain21.02.2023
Kepada editor, saya ingin membuat aduan kerana sejak July 2011. Saya memesan buku dewan pelajar tetapi hanya menerima 1 buku bulan ogos sahaja sehingga hari ini tidak menerima apa apa buku. Saya memesan mulai Julai 2011 hingga June 2012, saya menelefon/fax ke pejabat yang disenaraikan dalam buku tetapi tidak seseorang pun yang menjawab telefon. Harap tuan dapat menyiasat perkara diatas.Terima kasih atas makluman. Perkara ini akan disiasat dan tindakan telahpun diambil dengan menghantar naskhah kepada pihak puan.Lain-lain29.04.2012
1. bagaimanakah penulisan kata majmuk tanggung jawab apabila ditambah dengan imbuhan ber-. bertanggungjawab atau bertanggung jawab. 2. apakah makna jargon? bolehkah pihak tuan menberikan contoh untuk perkataan jargon ini? 3. yang manakah betul, kata-kata aluan atau kata alu-aluan? 4. adakah perkataan kompelin diterima dalam bahasa melayu? atau kita sepatuttnya guna perkataan aduan? 5. sebagai kata sapaan atau rujukan dalam ucapan, yang manakah betul tuan-tuan dan puan-puan atau tuan dan puan sahaja. 6. cara penulisan yang manakah betul Yang di-Pertuan Agong, Yang di Pertuan Agong, Yang diPertuan Agong atau Yang Di Pertuan Agong? terima kasih.

1. Ejaan yang betul ialah bertanggungjawab. 

2. Jargon ialah istilah linguistik merujuk bentuk ungkapan yang dipadatkan atau diringkaskan, yang biasanya tidak lengkap dari segi tatabahasa dan digunakan dalam pertuturan bahasa basahan atau jargon khusus, misalnya BERHENTI dan BERI LALUAN pada papan tanda jalan raya. 

3. Yang betul ialah Kata alu-aluan. 

4. Tidak diterima, perkataan yang betul untuk maksud tersebut ialah aduan.

5. Yang biasa digunakan dalam ucapan ialah tuan-tuan dan puan-puan.

6. Yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong.

Tatabahasa08.10.2009
Salam sejahtera, Dimaklumkan bahawa saya merasai kecekapan bahagian anda telah turun dalam menyemak permohonan iklan berbanding dengan masa dahulu. Dahulunya, penyemakan hanya mengambil masa 1 hari, manakala kini telah melebihi 1 hari malah 1 minggu pun pernah jadi. Saya berharap pihak anda dapat mengatasi kelemahan ini. Selain daripada itu, saya berharap kakitangan anda dapat membezakan apanya nama syarikat yang telah diluluskan oleh SSM, janganlah menolak atas nama syarikat tersebut sebab itu adalah nama syarikat dan bukan sesuatu ayat. Sekian, terima kasih.Kami ambil perhatian aduan dan saranan tuan. Untuk makluman tuan, pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua hingga tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.Lain-lain30.07.2015
Bulan Mei diterjemah sebagai Mungkin dalam laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pendaftaran Darjah 1 bagi sesi 2025Untuk makluman tuan, aduan tuan telah kami maklumkan kepada pegawai di Kementerian Pendidkan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Lain-lain06.05.2024
123

Kembali ke atas