Manakah yang betul? i) wal afiat ii) walafiat Merujukkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang betul ialah wal afiat. Sesetengah buku rujukan juga menggunakan wal afiat. | Ejaan yang betul ialah wal afiat. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
SIHAT WAL AFIAT Khidmat Nasihat DBP pada 09/08/07 mentakrifkan ejaan “yang betul ialah walafiat” sebagai jawapan kepada soalan kategori Ejaan. Kemudian Khidmat Nasihat DBP pada 04/07/2013 mentakrifkan ejaan yang betul ialah “wal afiat” sebagai jawapan kepada soalan kategori Tatabahasa. Akhirnya, pada 03/08/22 Khidmat Nasihat DBP mentakrifkan pula “Ejaan yang betul ialah “walafiat” sebagai jawapan kepada soalan kategori Lain-Lain. Jika “wa” dalam bahasa Arab bermaksud “dan”, adakah perkataan “dan” dieja bersambung dengan perkataan “afiat” sebagai “walaifat” (danafiat)? Definisi daftar kemasukan “afiat”: 1. pulih, sihat; sihat dan ~ (afiat) = sihat wal afiat ~ sihat (tidak uzur). Bagaimanapun, lain pula halnya pada perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah – yang dieja berasingan “Wal Jamaah” daripada Wa al-Jamaah – “Dan Jamaah” . Mohon pencerahan. | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), ejaan bagi kedua-dua frasa ini ialah Ahli Sunah Waljamaah dan sihat wal afiat. Wa atau wal ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud dan, lazimnya dieja rapat dengan perkataan yang bergabung dengannya, sama juga halnya dengan kata bismillah, assalamualaikum dan waalaikumussalam. Walau bagaimanapun, jika mengikut kaedah transliterasi, lazimnya dieja terpisah.
| Ejaan | 27.04.2023 |
afiat | Saudara Adnan, Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun makna afiat ialah i. pulih, sihat ii. kesihatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 04.01.2010 |
Ejaan untuk sihat walafiat atau sihat wal afiat atau sihat wal-fiat ? terima kasih. | Jawapan yang betulnya ialah walafiat. Rujuk Kamus Dewan Edisi keempat untuk keterangan lebih lanjut. Harap maklum. | Ejaan | 09.08.2007 |
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan walafiat (wal afiat)? dan contoh penggunaannya, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "walafiat". Contoh: Didoakan semoga saudara sihat walafiat. | Lain-lain | 03.08.2022 |
Ejaan yang betul untuk waalafiat | Ejaan yang betul untuk waalafiat Ejaan yang betula ialah wal afiat. | Ejaan | 13.01.2014 |