Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agak besar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEGERI

NEGERI , sebuah masyarakat yang agak besar dengan seorang ketua atau raja yang mendiami satu kawasan lembahan sungai dengan pusatnya di muara sungai berkenaan. Muara sungai itu turut menjadi pusat perdagangan. Negeri adalah istilah bahasa sanskrit. Sesebuah negeri hanya boleh wujud apabila terdapat seorang ketua atau raja yang mempunyai kuasa atau pengaruh tertentu ke atas rakyat yang berada di wilayahnya. Dalam kegunaan sehari-hari, istilah negeri digunakan secara agak longgar yang bermaksud sebuah petempatan termasuk bandar atau kota, dan juga sebuah wilayah tanah air (misalnya, negeri China).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MERANTI

Meranti ialah sejenis pokok hutan yang tinggi,

besar, berdaun tunggal dan agak kecil, tetapi

bahagian hujungnya, biasanya kembang, dan

batang bawahnya berbanir. Kayu meranti

digunakan untuk membuat rumah dan bangunan.

Manakala sesetengah jenis meranti pula dapat

menghasilkan damar dan tengkawang.

UMUM 
AVOIRDUPOIS

Avoirdupois ialah sistem timbangan

untuk barang dagangan biasa yang agak

besar, seperti batu arang, bijirin, atau bahan

makanan. Sistem ini telah digunakan di

Komanwel British dan Amerika Utara, tetapi

sebahagian besarnya telah digantikan dengan

sistem metrik. Perkataan avoirdupois berasal dari

perkataan Perancis bermakna barang-barang

berat . Asas sistem ini ialah paun, yang

bersamaan dengan 0.45 kilogram. Satu paun

avoirdupois mengandungi 7000 grain. Ia

dibahagikan kepada 16 auns, setiap auns

bersamaan dengan 16 dram. Paun Troy dan

apotekari, digunakan untuk menimbang logam

berharga dan permata, yang bersamaan dengan

0.37 kilogram, dan mengandungi 5760 grain.

Paun ini dibahagikan kepada 12 auns. Dalam

sistem yang menggunakan paun, berat grain

adalah sama – 65 miligram.

Rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia

termasuk:

Auns Paun

Berat Timbangan dan ukuran

UMUM 
MUZIK POPULAR

Muzik popular ialah muzik yang mendapat

tempat di hati orang ramai iaitu muzik yang

dinikmati oleh sebilangan besar penduduk. Istilah

ini sering digunakan untuk membezakannya

daripada muzik klasik. Muzik klasik adalah satu

bentuk seni yang dipelajari, dan ciptaan yang

agak rumit dipersembahkan oleh pemain

instrumental solo, kuartet bertali, orkestra

simfoni, dan sebagainya. Sesetengah orang

merasakan bahawa muzik popular mudah dan

menghiburkan sementara muzik klasik pula

serius, begitu halus, atau sukar dinikmati. Walau

bagaimanapun lagu popular seperti “Eleanor

Rigby” oleh John Lennon dan Paul McCartney,

adalah serius dan agak rumit, dan banyak karya

klasik seperti Eine Kleine Nachtmusik karya

Mozart, simfoni-simfoni Tchaikovsky, atau Bolero

karya Ravel dikenali dan digemari oleh berjuta-juta

pendengar. Malah sesetengah muzik klasik

seperti beberapa karya piano Chopin telah

diadaptasikan sebagai lagu popular.

UMUM 
PANDA

Panda ialah nama dua jenis haiwan Asia. Kedua-

duanya agak tidak serupa dengan satu sama lain.

Panda raksasa ialah haiwan yang besar dan

berwarna hitam-putih. Panda Merah yang juga

dikenali sebagai panda kecil berwarna perang

kemerahan dan lebih kecil. Kedua-duanya hidup

dalam hutan buluh di cerun tinggi gunung di barat

dan di barat daya China. Panda merah juga tinggal di

Nepal, utara India, dan utara Burma. Panda raksasa

ialah haiwan nadir dan dilindungi oleh undang-

undang di China. Tabung Antarabangsa bagi Alam

Semula Jadi (dahulunya Tabung Hidupan Liar

Dunia), sebuah pertubuhan antarabangsa bagi

perlindungan hidupan liar telah menerima pakai

panda raksasa sebagai simbolnya.

UMUM 
MUTIARA

Mutiara ialah satu daripada permata yang paling

berharga. Mutiara yang besar, berbentuk

sempurna setara nilainya dengan batu permata

yang paling berharga. Tetapi, mutiara berbeza

daripada permata-permata lain. Kebanyakan

permata adalah mineral yang dilombong dari

bawah bumi. Tetapi mutiara terbentuk di dalam

cangkerang tiram. Permata mineral adalah keras

dan biasanya memantulkan cahaya. Bagaimanapun,

mutiara adalah agak lembut dan menyerap serta

memantulkan cahaya.

UMUM 
PULAU KARIMUNPULAU KARIMUN, kepulauan di dalam kerajaan Johor-Riau pada abad ke-19. kepulauan ini terletak di Selatan Selat Melaka. Kepulauan Karimun iaitu Karimun Besar dan Karimun Kecil merupakan sebahagian daripada beberapa buah pulau besar dan pulau kecil. Pantai utara Pulau Karimun Besar jelas menganjur ke laut, manakala pantai barat dan selatan dikelilingi batu dan batu karang. Bahagian utara pulau agak bergunung-ganang dengan Gunung Jantan merupakan kemuncak tertinggi. Tanah-tanih di Pulau Karimun Kecil terdiri daripada granit, pasir dan tanah liat, tetapi subur.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SALIM III

Salim III (1175–1223 H./1761–1808 M.), putera

Sultan Mustapha III ibn Sultan Ahmad III. Baginda

merupakan sultan ke-28 dalam salasilah

Kesultanan Kerajaan Uthmaniyyah. Salim III

menduduki takhta menggantikan bapa saudaranya

Sultan Abdul Hamid I pada tahun 1203 H./1789 M.

Sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan,

keadaan negara agak huru-hara sehingga Rusia

dan Austria menguasai kerajaan Uthmaniyyah

sebanyak dua kali, iaitu sekitar tahun 1203 H./1789

M. Rusia juga menguasai bandar al-Hasinah yang

terletak di tepi laut dan sebahagian besar negeri

Aflaq, Baghdan (Molavia) dan Busarabia pada

tahun 1205 H./1791 M. Persengketaan itu berakhir

dengan perdamaian antara kedua-dua negara

tersebut pada tahun 1206 H./1796 M. Akhirnya

Rusia berkuasa di negeri al-Qaram dan

sebahagian negeri Quban, Busarabia dan

beberapa negeri lain. Bandar Otshakov juga

diserahkan melalui Perjanjian Yash.

UMUM 

Kembali ke atas