Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agak gelap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dark eclipsing variablesbintang berubah gerhana gelapMatematikTiadaSistem bintang dedua yang terdiri daripada satu bintang yang agak gelap yang beredar mengelilingi satu sama lain, dan jika satah orbit masing-masing sejajar dengan garis penglihatan kita, bintang yang gelap itu akan menggerhanakan bintang yang cerah sekali dalam satu peredaran.
cumuluskumulusSainsHidrometeorologiGenus awan yang terpisah, umumnya padat dan mempunyai bentuk yang nyata, berkembang menegak dalam bentuk busut, kubah atau menara tinggi. Bahagian atas yang menggelembung biasanya menyerupai bunga kubis. Bahagian ini, apabila dipancari sinaran matahari, hampir kesemuanya kelihatan putih berkilau. Dasarnya agak gelap dan hampir mendatar.
cumuluskumulusMeteorologiMeteorologi PerhubunganGenus awan yang terpisah, umumnya padat dan mempunyai bentuk yang nyata, berkembang menegak dalam bentuk busut, kubah atau menara tinggi. Bahagian atas yang menggelembung biasanya menyerupai kubis bunga. Bahagian ini, apabila dipancari sinaran matahari, hampir kesemuanya kelihatan putih berkilau. Dasarnya agak gelap dan hampir mendatar.
lacuslakusMatematikTiadaKawasan gelap yang agak kecil dan rata yang merujuk kepada ciri permukaan planet atau satelit.
oceanuslautan/oseanusMatematikTiadaKawasan gelap, rata dan agak luas di permukaan planet atau satelit.
stabilized glasskaca terstabilKejuruteraanTiadaKaca yang agak sukar menjadi gelap berbanding dengan kaca biasa apabila didedahkan kepada sinaran nuklear.
Algol-type variablesbintang berubah jenis AlgolMatematikTiadaBintang dedua, satu bintang yang agak cerah dan satu bidang yang hampir gelap, yang beredar mengelilingi satu sama lain, dan jika satah orbitnya sejajar dengan garis penglihatan kita, bintang yang gelap itu akan menggerhanakan bintang yang cerah.
BorollBorollGeologiTiadaAhli daripada suborder tanih Mollisol yang terdapat di kawasan sejuk dan dingin, kebanyakannya di latitud agak tinggi atau di altitud tinggi, mempunyai horizon A yang agak tebal dan berwarna hampir hitam, horizon B yang berwarna coklat kekelabuan gelap, dan horizon C yang berwarna lebih pucat, yang biasanya berkapur.
gelamgelamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Melaleuca cajuputi daripada famili Myrtaceae. Gubal kayu gelam berwarna coklat kemerahan, dan tidak jauh berbeza daripada teras kayunya yang berwarna lebih gelap. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 720 hingga 820 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu gelam tahan dalam keadaan persekitaran lembap dan air masin, dan digunakan dengan meluas sebagai sumber kayu api, kayu jaras, dan kayu kelong. Kulit lembut kayu ini dapat digunakan sebagai pakal papan perahu.
tuaituaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Bischofia javanica daripada famili Staphyleaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah jitang. Gubal kayunya berwarna coklat kemerahan, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat keunguan dan menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak halus hingga agak kasar tetapi tidak sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat dan sederhana keras. Kayu gaham badak sukar dikerjakan dan dikeringkan, mudah dikemas siap, mempunyai kadar kecutan yang tinggi, kurang tahan, tetapi gubal kayunya lebih mudah diawet. Kayu tuai jarang digunakan kerana mempunyai ciri-ciri yang kurang baik, tetapi boleh digunakan untuk membuat kotak dan lantai sementara.
12

Kembali ke atas