Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ga.kan]/[a.ga/.kan] | اݢقن

Definisi : apa yg diagakkan, dugaan, sangkaan: ~ ini mungkin benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga.kan]/[a.ga/.kan] | اݢقن

Definisi : sesuatu yg dijangka atau diduga: ~nya tepat sekali apabila keputusan tsb diumumkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
guessworkkerja agakanKomunikasi MassaTiadaTiada
dynamic judgementagakan dinamikKejuruteraanTiadaTiada
conjecture of ageagakan umurKependudukanTiadaTiada
conjectural historysejarah agakanSejarahTiadaTiada
speculationspekulasiPendidikanTiadaKaedah membuat ramalan atau agakan berlandaskan maklumat yang sesuai.
self-fulfilling propheciestelahan pemenuhan kendiriPsikologiPsikologi UmumAgakan yang membuatkan individu bertindak dengan cara yang membolehkan harapan menjadi kenyataan. Contohnya, sekiranya individu mengagak dirinya boleh berjaya, maka individu tersebut akan bekerja keras supaya kejayaan itu tercapai. Sebaliknya, sekiranya dia mengagak dirinya tidak boleh berjaya, maka individu tersebut tidak akan banyak berusaha sehingga kemungkinan untuk gagal adalah tinggi. Harapan biasanya muncul daripada tahap kepercayaan terhadap kemampuan diri yang diperoleh daripada usaha meningkatkan kecekapan, merentasi halangan dan belajar daripada kesilapan.
evaluatemenilaiSejarahTiadaPerbuatan memeriksa sesuatu secara anggaran atau agakan berdasarkan kualiti, signifikan, darjah pencapaian, keadaan dan sebagainya sebelum membuat satu kesimpulan.
deletion by conjecturepenghapusan rambangKesusasteraanTiadaPenghapusan beberapa bahagian yang dibuat oleh penyalin dalam sesebuah teks berdasarkan agakan atau dugaan.
hypothesishipotesisPsikologiPsikologi UmumPernyataan sementara atau jawapan awal terhadap masalah atau hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Dengan kata lain, hipotesis adalah satu agakan atau tekaan logikal tentang sesuatu tingkah laku. Contohnya, jika sesuatu yang mengecewakan boleh meningkatkan motivasi individu yang terlibat, maka hipotesisnya ialah kekecewaan akan meningkatkan motivasi responden.

Kembali ke atas