Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ga.ma] | اݢام

Definisi : 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa); beragama 1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama: orang Melayu ~ Islam; 2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pd agama, beribadat: memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yg tidak ber­dasarkan agama kita; 3. bp terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja: ~ kpd harta benda; mengagamakan menjadikan sesuatu sbg agama; keagamaan perihal agama, (hal-hal) yg berkaitan dgn agama: sastera ~; semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga.ma] | اݢام

Definisi : kepercayaan kpd kuasa tertinggi yg menjadikan dan menguasai alam ini serta dgn ajaran dan kewajipan yg berkaitan dgn kepercayaan itu: ~ Islam. beragama 1 menganut atau mempercayai sesuatu agama: Kebanyakan orang Melayu ~ Islam. 2 mematuhi segala ajaran agama; taat kpd agama; beribadat: Beliau sangat kuat ~. keagamaan (hal, perkara dsb) yg berkaitan dgn agama: Perasaan ~ sangat kuat dlm sanubarinya. upacara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agama

Puisi
 

Anak ayam turun enam,
     Satu mati tinggal lima;
Minta doa tetapkan iman,
     Minta mati dalam agama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sariat palu memalu,
     hakikat balas membalas.

Bermaksud :

Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Langkah bijak majlis perundingan agama-agamaA. Samad IsmailHarian Nasional06.04.1990
Pertandingan khat sekolah-sekolah agama Jabatan Agama Islam SelangorMuhammad Israq UthmanUtusan Melayu04.08.1994
Pembelajaran bahasa Arab dan agama disekolah menengah agama kerajaanSaid Salim HussinUtusan Melayu20.06.1996
Agama, budaya diabaiRashiqah Ilmi Abd RahimBerita Harian30.04.2009
Agama dan sastera harus seiringHazemi RamliBacaria18.06.1988
Agama dan tahyul beri kesan pada pertumbuhan senibina CinaNik Azmi Nik DaudMingguan Malaysia27.02.1987
Agama Islam dari kacamata novelis BaratDewani AbbasBerita Harian13.11.1984
Agama baru: Tidur dengan khalifah untuk kursus kahwinAhmad BoestamamMingguan Malaysia29.04.1979
Agama Islam beri sumbangan besar kepada bangsa Melayu - Prof. IsmailTiadaUtusan Melayu30.12.1983
Agama Islam dan adat istiadat MelayuHamdan HassanWatan17.12.1985
12345678910...

Kembali ke atas