Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ga.ma] | اݢام

Definisi : 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa); beragama 1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama: orang Melayu ~ Islam; 2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pd agama, beribadat: memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yg tidak ber­dasarkan agama kita; 3. bp terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja: ~ kpd harta benda; mengagamakan menjadikan sesuatu sbg agama; keagamaan perihal agama, (hal-hal) yg berkaitan dgn agama: sastera ~; semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga.ma] | اݢام

Definisi : kepercayaan kpd kuasa tertinggi yg menjadikan dan menguasai alam ini serta dgn ajaran dan kewajipan yg berkaitan dgn kepercayaan itu: ~ Islam. beragama 1 menganut atau mempercayai sesuatu agama: Kebanyakan orang Melayu ~ Islam. 2 mematuhi segala ajaran agama; taat kpd agama; beribadat: Beliau sangat kuat ~. keagamaan (hal, perkara dsb) yg berkaitan dgn agama: Perasaan ~ sangat kuat dlm sanubarinya. upacara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agama

Puisi
 

Anak ayam turun enam,
     Satu mati tinggal lima;
Minta doa tetapkan iman,
     Minta mati dalam agama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sariat palu memalu,
     hakikat balas membalas.

Bermaksud :

Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الإرتداءmurtadAgama IslamFiqhTindakan keluar dari agama Islam.
البدعةbid’ahAgama IslamHadithPerkataan atau perbuatan yang diada-adakan berkaitan dengan agama bukan daripada ajaran Rasulullah s.a.w. dan sahabat.
religious artseni agamaKesenianTiadaSeni yang mempunyai unsur-unsur keagamaan atau bertujuan menyanjung sesuatu kepercayaan agama.
enlightenmentmakrifat (agama), kecerahanSains PolitikTiadaGerakan falsafah abad ke-18 yang menekankan hak taakul manusia dan menolak kuasa agama serta amalan politik serta menggerakkan suasana pembaharuan yang ditemui dalam Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika. (SEJ
enlightenmentmakrifat (agama), kesucian kesedaranSejarahTiadaGerakan falsafah abad ke-18 yang menekankan hak taakul manusia dan menolak kuasa agama serta amalan politik serta menggerakkan suasana pembaharuan yang ditemui dalam Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika. (SEJ
priestSami (Buddha),SejarahTiadaPaderi atau pendeta dalam agama Kristian, dan sami dalam agama Buddha.
priest parishpadri parisySejarahTiadaOrang yang menjadi paderi atau pegawai agama dalam satu unit kegamaan dalam agama Kristian yang bermahzab Prostestant.
convert (religion)mualafSejarahTiadaOrang yang telah menukarkan kepercayaan agamanya, biasanya dalam agama Islam dipanggil mualaf, iaitu orang yang baru memeluk agama Islam.
daruriyyahdaruriah/asasiPerniagaan IslamTiadaPerihal memastikan kelangsungan hidup yang sempurna. Contohnya, dalam agama Islam, keperluan asasi merujuk kepada usaha menjaga, memantap dan memperkasa lima perkara, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Dalam konteks perniagaan pula, faktor kejayaan bergantung pada modal, sumber manusia, kemahiran dan pengurusan.
religionagamaKependudukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas