Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agama 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah agama 1. utk ejaan redha (isitlah agama) yg betul. saya lihat di kamus dewan ejaannya reda. tapi kalau ikut istilah ejaan yg tepat ialah??? 2. ada tak buku istilah agama yg terbaru boleh sya perolehi? setakat ini yg saya ada dari dbp buku istilah agama tahun 1986 yg dah outdated...ada yg terbaru ka?Ejaan yang betul ialah "Reda" berdasarkan pedoman ejaan bahasa Melayu. Kita masih menerima pakai buku istilah tersebut di samping Kamus Dewan Edisi Keempat dan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi, Sebutan, Jawi).Ejaan11.01.2012
Assalamualaikum/ Salam sejahtera. Tuan/puan, saya ingin bertanya, adakah perkataan "Ibadat/Ibadah" sesuai digunakan pada agama lain selain daripada agama Islam? ataukah terdapat perkataan lain yang harus digunakan terhadap agama lain? Contoh: Kaedah ibadat agama Yahudi/ Kaedah ibadat agama Sikh.1. Perkataan "ibadah" dan "ibadat" digunakan mengikut konteksnya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020:796-797) bagi makna kedua-dua kata ini.

2. Dalam contoh ayat yang diberikan, kata yang disarankan ialah "ibadat", iaitu perbuatan atau upacara yang dilakukan oleh penganut sesuatu agama sebagai memenuhi tuntutan agama masing-masing. Makna ini terakam sebagai makna kedua dalam KDP.
Makna17.10.2022
Adakah ayat berikut betul? 1. Agama saya ialah Islam. 2. Saya seorang rakyat Malaysia. 3. Dia seorang yang berdisiplin. Terima kasih.Ketiga-tiga ayat tersebut adalah betul.Lain-lain20.10.2014
(1)Masalah remaja yang berlaku pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.(2) Ibu bapa sekarang tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. (3)Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan. (4)Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan anak-anak tersebut tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. (5) Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan membandingkan antara halal dengan haram. (6) Oleh sebab itu, anak-anak tersebut membabitkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah.(7) Misalnya, anak yang tidak memupunyai didiak agama akan berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. (8) Sepatutnya, masa ini digunakan untuk menunaikan solat dan membaca buku-buku agama. (9)Pendek kata, kecetekan didikan agama dalam kalangan anak-anak merupakan salah satu faktor masalah remaja. AYAT 4,5- saya tidak dapat pasti sama ada ayat itu betul atau salah. DBP, SAYA MENGGUNAKAN SEMINGGU UNTUK MELATIH KARANGAN INI. Tolong semak peranggan ini.

1. Masalah dalam kalangan remaja pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.

2. Ibu bapa kini tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup.

3. Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan daripada mendidik anak-anak.

4. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk.

5. Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan antara halal dengan haram.

6. Oleh sebab itu, anak-anak mudah terdorong melakukan kegiatan yang tidak berfaedah.

7. Anak yang mempunyai kurang didikan agama lebih gemar berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah.

8. Sepatutnya, kesempatan ini digunakan untuk menunaikan solat dan melakukan kegiatan berfaedah seperti membaca buku.

9. Pendek kata, kecetekan didikan agama merupakan salah satu faktor masalah dalam kalangan remaja.

Tatabahasa14.04.2011
saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "UMAT". adakah ia boleh digunakan untuk agama islam saja atau agama lain pun boleh menggunakan perkataan tersebut?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan umat bermaksud 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi. 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai. 3. segolongan manusia, bangsa. 4. seluruh bangsa manusia, sekalian manusia. Berdasarkan makna yang diberikan perkataan umat tidak  digunakan untuk satu agama sahaja. Makna11.02.2009
Aslmkum. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah agama menurut DBP? Saya sedang membuat kajian berkaitan penggunaan istlah agama dalam pemasaran perniagaan. Adakah DBP ada senarai perkataan yang dikategorikan sebagai istilah agama? Terima kasih.
Berikut merupakan rujukan dalam membuat kajian berkaitan penggunaan istilah agama bagi pemasaran perniagaan. 1. Daftar Istilah Perbankan Islam 2. Kamus Kewangan Islam 3. Kamus Ekonomi Islam: Perniagaan Islam Boleh layari laman https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Carian Bestari dengan memasukkan kata kunci "Islam" dalam ruang atas, dan pilih domain Istilah Bahasa Melayu seperti yang berikut: - Perniagaan Islam - Kewangan Islam - Agama Islam


Lain-lain06.06.2021
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pihak DBP. Saya ingin kemukakan soalan kepada pihak DBP. 1.Saya ingin megetahui pendapat tokoh tentang laras bahasa dan laras agama. 2.Saya ingin mengetahui perkembangan laras agama dalam bahasa melayu. 3.Saya juga ingin tahu sejarah kewujudan laras agama ini. Maklum balas daripada pihak DBP amatlah diharapkan.Laras bahasa atau ragam bahasa merujuk variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, contohnya laras bahasa klasik, laras bahasa istana, laras bahasa sains, laras bahasa ekonomi, laras bahasa iklan, laras bahasa politik dan sebagainya, serta bertujuan memberikan pengkhususan penggunaan kata mengikut bidang. Berkenaan dengan laras agama, Saudara boleh melayari http://pustaxa.dbp.gov.my/pustaxa/ untuk mendapatkan maklumat tentang bahan bacaan yang berkenaan.Tatabahasa23.07.2014
Assalamualaikum tuan DBP. saya ingin bertanya soalan. 1. Apabila kita mengatakan tentang akhlak perlu didasarkan dengan agama, ini bukan bermakna kita mengajak kearah subjektiviti akhlak yang sempit. Ayat yang betul : Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu didasari oleh agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda/kalian ke arah subjektiviti akhlak yang sempit. Apakah kesalahan tatabahasa yang dilakukan dalam ayat ini? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu berlandaskan agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda ke arah subjektiviti akhlak yang sempit.  
Tatabahasa24.11.2020
1) sebutan baku kata pinjaman dari bahasa arab dalam istilah agama 2) transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal1. Untuk makluman puan tidak ada satu keluaran khusus tentang sebutan baku kata pinjaman daripada bahasa Arab dalam istilah agama dalam pangkalan data kami. Untuk maklumat lanjut, puan boleh menyemak Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi dan menyemak helaian demi helaian buku tersebut bagi mencari kata pinjaman daripada bahasa Arab.
2. Tidak ada maklumat tentang transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal  dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.
Lain-lain23.01.2013
1)apakah maksud amalan dari segi istilah dan bahasa ? 2)apakah maksud agama dari segi istilah dan bahasa?

    Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata amalan ialah sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan.

  Manakala maksud agama ialah kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa);

Istilah25.03.2009
12345678910

Kembali ke atas