agar | agar-agar | Kimia | Tiada | Gel yang diperoleh daripada alga merah seperti Gelidium corneum dan Gracilaria lichenoides. Agar-agar terdapat dalam bentuk kepingan membran nipis yang lutcahaya, larut di dalam air mendidih, tetapi tidak larut di dalam air sejuk atau pelarut organik. Agar-agar digunakan sebagai perekat, pengganti gelatin, ramuan makanan, penyalut ubat dan medium untuk mengkulturkan mikroorganisma. |
agar gel electrophoresis | elektroforesis gel agar-agar | Sains Forensik | Tiada | Kaedah elektroforesis yang menggunakan agar-agar sebagai medium penyokong. Kaedah ini digunakan untuk memisahkan komponen makromolekul seperti protein dan DNA berdasarkan saiz dan konfigurasi molekul tersebut. Dalam pengujian DNA forensik, agar-agar digantikan dengan agarosa yang tulen supaya mutu gel dapat dikawal bagi mencapai kesan pemisahan fragmen DNA yang lebih baik. |
agar-agar | agar-agar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sari daripada tumbuh-tumbuhan rumpair yang biasanya untuk desert. |
agar | agar-agar | Sains Forensik | Tiada | Sejenis bahan, iaitu polisakarida yang diekstrak daripada alga merah yang mengandungi agarosa (70%) dan agaropektin (30%). Bahan ini boleh digunakan sebagai agen pemejalan medium untuk pengkulturan mikrob atau gel agar-agar semasa proses elektroforesis. Dalam pengujian serologi forensik, gel agar-agar digunakan sebagai medium untuk tindak balas darah dan antiserum semasa ujian mendakan bagi mengesahkan sama ada sesuatu sampel darah yang diuji berasal daripada manusia atau haiwan. Lihat juga elektroforesis. |
agar | agar-agar | Perubatan | Tiada | Sebatian yang menyerupai gam, yang tidak mengandungi nitrogen, yang diekstrak daripada rumpair merah, seperti Gelidium cartilagineum dan Gracilaria confervoides. Agar-agar digunakan sebagai laksatif pukal, dan pemejal medium kultur bakteria dan untuk membuat emulsi. |
agar count | kiraan agar-agar | Biologi | Mikrobiologi | Penganggaran bilangan bakteria yang berdasarkan pada bilangan koloni bakteria selepas tempoh pengeraman di atas medium pertumbuhan agar-agar tertentu. |
agar gel medium | medium gel agar-agar | Pertanian | Agroteknologi | Medium kultur yang terdiri daripada agar-agar yang berasal daripada rumpai laut. Medium ini biasanya ditambahkan dengan formulasi nutrien untuk pertumbuhan dan pembiakan koloni kulat, bakteria, sel haiwan dan sel tumbuhan di makmal. Lihat juga medium kultur. |
EMB agar | agar-agar EMB | Biologi | Genetik | Medium pertumbuhan yang kompleks untuk pengecaman koloni bakteria muatan tertentu. Medium ini mengandungi eosin dan metilena biru iaitu dua pewarna sensitif pH, serta gula seperti laktosa. Misalnya, dalam pengecaman koloni bakteria lac+, bakteria lac+ akan memetabolismekan laktosa secara oksidatif dan mengeluarkan ion hidrogen ke dalam agar-agar dan ini akan merendahkan pH, dan menyebabkan pewarna agar-agar bertukar menjadi warna ungu tua. Bagi koloni bakteria lac- pula, bakteria ini menggunakan asid amino sebagai sumber tenaga untuk mengeluarkan NH3, yang akan meningkatkan pH yang akan menyahwarna pewarna untuk menghasilkan koloni berwarna putih. |
agar blok test | ujian blok agar-agar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ujian makmal untuk mengalakkan pertumbuhan kulat perosak kayu pada blok ujian. Medium agar-agar nutrien digunakan sebagai substrat asal untuk pertumbuhan organisma yang diuji. Cara ini juga digunakan untuk menilai sifat keracunan pengawet tertentu. |
alginate jelly | agar alginat | Perikanan | Tiada | Sejenis agar-agar berasid alginik yang berasal daripada rumpai laut coklat, seperti Macrocystis pyrifera dan digunakan dalam industri pembuatan makanan. Fungsi agar-agar ini adalah sebagai bahan pelekatan, pengimbang emulsi dan pengikatan sesuatu bahan, khususnya dalam industri pembuatan makanan. |