Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gén.da] | اݢيندا

Definisi : (agénda) 1. susunan perkara yg dike­muka­kan utk dibincangkan (dlm mes­yua­rat): mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun baik; 2. ark buku catatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gén.da] | اݢيندا

Definisi : /agénda/ susunan perkara yg akan dibincangkan dlm mesyuarat dsb; acara: Mesyuarat itu telah berjalan mengikut ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agenda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ingin tahu sama ada DBP ada mengeluarkan panduan pengejaan dan penyebutan bagi perkataan pinjaman khususnya yang melibatkan huruf g dalam bahasa pinjaman(Inggeris). Ada kata dengan g dikekalkan dalam bm dan ada yang diubah menjadi j dalam bm. Contoh agenda-agenda, agent- ejen. Mohon pencerahan. Teruma kasih.Kata pinjaman hendaklah disebut seperti ejaan. Dalam hal ini tuan boleh merujuk Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Tatabahasa23.08.2016
yang mana lebih tepat - aturcara atau agenda?Agenda bermaksud susunan perkara yg dike­muka­kan utk dibincangkan (dlm mes­yua­rat): mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun baik;

Manakala atur cara bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan (biasanya dalam sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll).
Ejaan11.02.2014
Mana satu yang betul? 'Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut:' atau 'Agenda mesyuarat ialah seperti yang berikut:'Frasa yang betul ialah "agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut".Tatabahasa08.04.2013
dapatkah " agenda utama" dikaitkan dengan industri pelancongan? Contoh: Industri pelancongan menjadi agenda utama kerajaan dalam usaha membangunkan negara. Adakah ayat ini sesuai? Jika tidak, sila beritahu. Sekian.

Agenda utama boleh dan sesuai digunakan dalam konteks yang dikemukakan.

Makna13.09.2011
MINIT MESYUARAT 1) Bagi institusi pendidikan,siapa yang perlu menandatangani ruangan 'Disemak oleh' dan Disahkan oleh" 2) Bagaimana untuk menulis agenda di dalam minit yang tidak berkotak? Kebiasaannya saya akan tulis 'AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT' Adakah betul penggunaan perkataan AGENDA?Bergantung kepada gaya penulisan jabatan masing-masing, ada minit mesyuarat jabatan menyediakan ruangan Disediakan oleh - Pencatat Minit, Disemak oleh - pegawai kanan dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Ada jabatan yang menyediakan ruang Disediakan oleh - Pencatat Minit dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Berkaitan dengan seterusnya hal tersebut juga bergantung pada gaya penerbitan atau gaya penulisan dalaman sesebuah organisasi. Format minit bagi setiap  mesyuarat  masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Lain-lain05.01.2012
Assalamualaikum. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung format penulisan minit mesyuarat terkini. i. Benarkah agenda Perutusan Pengerusi tidak dinomborkan. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda (contoh: 1.1, 1.2, 2.1.2.2, dan seterusnya) atau secara kronologi (contoh: 1, 2, 3, dan seterusnya) iii. Mana yang betul : Mengesahkan minit mesyuarat atau Pengesahan minit mesyuarat. iv. Dalam mesyuarat jabatan, bolehkah ketua jabatan selaku pengerusi mesyuarat juga dilantik sebagai urus setia mesyuarat berkenaan. Harap mendapat perhatian daripada pihak tuan. Terima kasih.

i. Agenda perutusan/kata alu-aluan pengerusi diletakkan nombor.

ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda. Contohnya:

 1. Kata Alu-aluan Pengerusi 

 1.1......................

 1.2........................ 

2. Laporan Perkara Berbangkit

2.1..............................

2.2................................

 

iii. Pengesahan Minit Mesyuarat/Mengesahkan Minit Mesyuarat, kedua-duanya boleh diterima pakai bergantung pada pola penggunaan ayat dalam minit mesyuarat tersebut.

 Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Bahasa Laporan, oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP.  

iv. Pada lazimnya, ketua jabatan yang dilantik sebagai pengerusi mesyuarat akan bertindak selaku pengerusi mesyuarat sahaja. Contohnya, Pengarah Jabatan Bahasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan peristilahan, urus setia mesyuarat ialah Bahagian Peristilahan.  

Tatabahasa22.02.2010
Apakah perbezaan antara atur cara dan agenda? Bilakah kita boleh menggunakan kedua-dua perkataan ini?. Terima kasih.Agenda ialah susunan perkara yang dikemukakan untuk dibincangkan dalam mesyuarat, manakala atur cara ialah jadual pelbagai acara yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan biasanya dalam sesuatu upacara, persidangan, persembahan dan sebagainya.Makna26.08.2013
Apakah definisi 'timbangteliti'? Contoh ayat? Betulkah ayat ini? Mesyuarat seterusnya menimbangteliti Agenda 4, Mesyuarat Jawatankuasa dan mengemukakan cadangan balas seperti berikut...Penggunaan perkataan yang betul ialah Mesyuarat seterusnya meneliti Agenda 4, Mesyuarat Jawatankuasa dan mengemukakan cadangan balas seperti berikut...Tatabahasa13.01.2012
Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi adalah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju di abad ke 21. Kemajuan dalam bidang pertanian yang negara kita miliki sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak. Soalan: Apakah kesalahan dalam bahasa dalam petikan di atas dan jika terdapat kesalahan apakah alasannya?

Ayat yang dibetulkan adalah seperti yang berikut:

Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi ialah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju pada abad ke-21. Kemajuan dalam bidang pertanian di negara kita sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Bab 9 Kata Tugas untuk maklumat lanjut. 

Tatabahasa09.09.2009
Salam.. Mohon penjelasan penggunaan perkataan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Tahunan sahaja yang betul.? Dan Di mana sesuainya kedua-dua perkataan tersebut.. Betulkah Mesyuarat Agung Tahunan ini mesti ada agenda seperti (contoh) : Ucapan Pengerusi Pembentangan aktiviti Pembentangan kewangan Pemilihan JK Dan lain-lain Manakala Mesyuarat Tahunan itu tiada agenda khusus, sebagai contoh...Mesyuarat Tahunan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura.Mesyuarat Agung lazimnya dilaksanakan dalam pertubuhan atau persatuan seperti Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Mesyuarat antara negara lazimnya disebut mesyuarat tahunan seperti Mesyuarat Tahunan Malaysia - Singapura.Lain-lain28.02.2020
1234

Kembali ke atas