Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gén.da] | اݢيندا

Definisi : (agénda) 1. susunan perkara yg dike­muka­kan utk dibincangkan (dlm mes­yua­rat): mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun baik; 2. ark buku catatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gén.da] | اݢيندا

Definisi : /agénda/ susunan perkara yg akan dibincangkan dlm mesyuarat dsb; acara: Mesyuarat itu telah berjalan mengikut ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agenda


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
meeting agendaagenda mesyuaratPentadbiranPentadbiran Awam

Perihal atau perkara yang diputuskan oleh pihak pengurusan atasan dalam sesebuah organisasi mengenai susunan hal yang akan dikemukakan untuk perbincangan dan pengesahan dalam mesyuarat. Agenda ini bertujuan untuk memastikan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna, mengikut keutamaan dan berdasarkan prosedur mesyuarat. Agenda mesyuarat berfungsi sebagai pemudah cara untuk pencatatan minit mesyuarat dan memberi ruang kepada ahli mesyuarat untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang sesuatu perkara. Agenda ini perlu diedarkan lebih awal, biasanya seminggu sebelum mesyuarat dijalankan.

agenda settingpenetapan agendaPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha yang disusun atur oleh pihak pentadbir atasan dalam melaksanakan program, projek atau aktiviti organisasi. Penetapan agenda merangkumi reka bentuk program, perincian matlamat, penilaian risiko, kerasionalan, strategi pelaksanaan dan jangkauan dapatan. Penetapan agenda melibatkan proses perancangan rapi agar program dan projek yang dilaksanakan tersebut dapat mencapai sasaran seterusnya mengurangkan risiko luar jangka. Dalam hal ehwal pentadbiran penetapan agenda merupakan satu perkara penting bagi menjamin misi dan objektif organisasi dapat dicapai dengan sempurna.

agendaagendaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
agendaagendaKomputerTiadaTiada
agendaagendaPentadbiranTiadaTiada
agendaagendaEkonomiTiadaTiada
political agendaagenda politikSains PolitikTiadaTiada
hidden agendaagenda tersembunyiKomunikasiTiadaMesej yang tersirat di sebalik penyiaran melalui media massa.
surface agendaagenda permukaanEkonomiTiadaTiada
political agendaagenda politikSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
123

Kembali ke atas