Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gén.si] | اݢينسي

Definisi : (agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3. organisasi pentadbiran kerajaan; ~ pelancongan badan atau syarikat yg menye­dia­kan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket peng­angkutan, memberikan maklumat desti­nasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melan­cong; ~ penarafan badan yg membuat peni­laian tentang kedudukan, keutuhan ke­wangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gén.si] | اݢينسي

Definisi : /agénsi/ 1 tempat ejen menjalankan urusan. 2 badan yg menjalankan urusan tertentu. ~ kerajaan organisasi yg dibentuk oleh pihak kerajaan, bertujuan utk merancang, mengawal, membantu dan melaksanakan aktiviti kerajaan dlm mencapai matlamat negara. ~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan, spt memberikan maklumat destinasi percutian, mengurus penempahan tiket, mengurus penginapan utk orang ramai yg ingin melancong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agensi


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kemubaziran fungsi dalam agensi-agensi kerajaanMohd. Razali AgusDewan Budaya1 August 1986
Agensi dadah kebangsaan: mahu melahirkan generasi tanpa dadahTiadaDewan Siswa1 May 1998
Agensi dalam syarikat TakafulHailani Muji TahirDewan Ekonomi1 July 1995
Imej agensi kerajaan tercalarRejal ArbeeDewan Masyarakat1 December 2007
Profesionalisme agensi pengiklanan terujiJeniri AmirPelita Bahasa1 June 1991
Pembongkaran rahsia agensi risikanChamil WariyaDewan Masyarakat1 October 1988
Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi pembinaan dan pengembangan bahasaHassan AhmadDewan Bahasa6 January 1981

Kembali ke atas