Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gén.si] | اݢينسي

Definisi : (agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3. organisasi pentadbiran kerajaan; ~ pelancongan badan atau syarikat yg menye­dia­kan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket peng­angkutan, memberikan maklumat desti­nasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melan­cong; ~ penarafan badan yg membuat peni­laian tentang kedudukan, keutuhan ke­wangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gén.si] | اݢينسي

Definisi : /agénsi/ 1 tempat ejen menjalankan urusan. 2 badan yg menjalankan urusan tertentu. ~ kerajaan organisasi yg dibentuk oleh pihak kerajaan, bertujuan utk merancang, mengawal, membantu dan melaksanakan aktiviti kerajaan dlm mencapai matlamat negara. ~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan, spt memberikan maklumat destinasi percutian, mengurus penempahan tiket, mengurus penginapan utk orang ramai yg ingin melancong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agensi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AGENSI YAHUDI

Agensi Yahudi. Agensi Yahudi ialah

pertubuhan Zionis yang berpusat di Baitulmaqdis.

UMUM 
AGENSI PELANCONGAN

Agensi pelancongan ialah perniagaan yang

membantu mengatur perjalanan dan percutian

orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang

berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi

pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan

pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk

melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini

juga menawarkan panduan bagi pelanggannya

untuk memperoleh pasport dan visa yang

diperlukan untuk melancong ke luar negara.

Agensi pelancongan juga memberikan maklumat

tentang undang-undang dan peraturan sesebuah

negara kepada pelanggannya. Agensi ini

mengatur pelancongan untuk orang

perseorangan atau secara berkumpulan.

UMUM 
AGENSI ANGKASA LEPAS KEBANGSAAN AMERIKAOrganisasi yang bertanggungjawab dengan hal ehwal angkasa lepas dan bidang astronomi di Amerika Syarikat.FIZIKInstitusi/Organisasi
AGENSI PEMUNGUTAN

Agensi pemungutan ialah sebuah organisasi

yang memungut bayaran yang terlewat. Banyak

syarikat perniagaan dan orang perseorangan

menggunakan agensi pemungutan daripada

membuang masa mereka sendiri untuk

memungut hutang yang sedemikian. Agensi

tersebut menerima bayaran atau komisen yang

biasanya berasaskan jumlah yang dipungutnya.

UMUM 
AGENSI PERISIKAN PUSAT [CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY–(CIA)]

Agensi Perisikan Pusat (Central Intelligence

Agency-(CIA)) ialah agensi kerajaan Amerika

Syarikat yang mengumpulkan maklumat tentang

politik, ekonomi, dan ketenteraan lebih daripada

150 buah negara asing, serta menilainya bagi

kegunaan agensi kerajaan yang lain. Maklumat

seperti ini dikenali sebagai perisikan. Ia

melibatkan keselamatan negara, dan kebanyakan

maklumat itu dikelaskan (rahsia). CIA

menggunakan ramai perisik asing untuk

mendapatkan maklumat tentang negara mereka

sendiri.

UMUM 
AGENSI ANGKASA LEPAS EROPAH (ESA),

Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA),

menggalakkan kerjasama dalam program angkasa

lepas dalam kalangan negara Eropah Barat.

Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1975 melalui

gabungan Organisasi Pembangunan Pelancar

Eropah (European Launcher Development

Organization) dan Organisasi Penyelidikan Angkasa

Lepas Eropah (ESRO). Anggota ESA terdiri daripada

Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman,

Ireland, Itali, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden,

Switzerland dan United Kingdom. Kanada dan

Finland menjadi anggota bersekutu.

UMUM 
AGENSI TENAGA ANTARABANGSA (INTERNATIONALENERGY AGENCY–IEA)

Agensi Tenaga Antarabangsa (International

Energy Agency -IEA) ialah organisasi yang

dianggotai 21 buah negara pengimport minyak

yang utama. Ia bertindak sebagai agensi bebas

dalam Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan

Pembangunan (OECD–Organization for Economic

Cooperation and Development). Anggota IEA

saling berusaha untuk mengurangkan

pergantungan pada minyak dengan menggalakkan

penjimatan penggunaan minyak dan memajukan

sumber tenaga alternatif.

UMUM 
AGENSI TENAGA ATOM ANTARABANGSA (INTERNATIONAL ATOMIC ENERGY AGENCY–IAEA)

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

(International Atomic Energy Agency-IAEA) ialah

organisasi yang menggalakkan penggunaan

tenaga nuklear untuk tujuan keamanan di seluruh

dunia.

UMUM 
TASS

TASS ialah agensi berita yang penting di Kesatuan

Soviet dari tahun 1925 hingga negara itu berpecah

pada tahun 1991. TASS adalah salah satu daripada

perkhidmatan berita yang terbesar di dunia. Agensi

yang beribu pejabat di Moscow ini mengumpul dan

menyebarkan berita di seluruh Rusia dan dunia.

TASS ialah singkatan bahasa Rusia untuk Agensi

Telegraf Kesatuan Soviet. Agensi ini mempunyai

beribu-ribu orang wartawan, editor dan jurufoto di

lebih daripada 100 buah negara. Ia menyediakan

laporan dalam enam bahasa – Arab, Inggeris,

Perancis, Jerman, Rusia dan Sepanyol. Negara-negara

lain bergantung kepada TASS untuk berita dari

Kesatuan Soviet, walaupun kerajaan mengawal ketat

liputannya.

UMUM 
PERKHIDMATAN LUAR NEGERI

Perkhidmatan Luar Negeri ialah organisasi

utama yang menjalankan hal-ehwal antarabangsa

sesebuah negara. Perkhidmatan luar negara

ditadbir oleh sebuah jabatan kerajaan. Agensi-

agensi lain mungkin terlibat dalam bidang

kepakaran hal-ehwal luar negeri. Perkhidmatan

luar negeri menyediakan latihan peribadi untuk

kedutaan (pejabat) di negeri asing. Sesetengah

anggota perkhidmatan luar negeri bekerja dalam

jabatan kerajaan yang bertanggungjawab

terhadap hal-ehwal luar negeri, yang lazimnya

dikenali sebagai kementerian luar negeri atau

pejabat luar negeri.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas