Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gén.si] | اݢينسي

Definisi : (agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3. organisasi pentadbiran kerajaan; ~ pelancongan badan atau syarikat yg menye­dia­kan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket peng­angkutan, memberikan maklumat desti­nasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melan­cong; ~ penarafan badan yg membuat peni­laian tentang kedudukan, keutuhan ke­wangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gén.si] | اݢينسي

Definisi : /agénsi/ 1 tempat ejen menjalankan urusan. 2 badan yg menjalankan urusan tertentu. ~ kerajaan organisasi yg dibentuk oleh pihak kerajaan, bertujuan utk merancang, mengawal, membantu dan melaksanakan aktiviti kerajaan dlm mencapai matlamat negara. ~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan, spt memberikan maklumat destinasi percutian, mengurus penempahan tiket, mengurus penginapan utk orang ramai yg ingin melancong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agensi


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
blok yang menggunakan kekunci 80 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 32 kitaran penyulitan. Oleh sebab saiz kekunci yang lebih besar dan kitaran penyulitan yang lebih banyak, Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) yang merupakan pengasas algoritma ini mendakwa bahawa keselamatan algoritma ini lebih kukuh berbanding algoritma DES. Walau bagaimanapun, ciri algoritma ini dirahsiakan oleh NSA dan hingga Clipper; Id. cip Clipper) Alat penyulitan dalam bentuk litar bersepadu yang bertujuan melindungi komunikasi suara dan data. Alat ini membolehkan sesiapa sahaja melindungi komunikasi tetapi pada masa yang sama membenarkan agensi kerajaan memperoleh kekunci penyulitan daripada suatu agensi eskrow kekunci sekiranya siasatan perlu dijalankan. Alat ini boleh dibenamkan pada peranti komputer seperti papan ibu, kad antara muka rangkaian, modem dan pencetak

Kembali ke atas