Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gung] | اݢوڠ

Definisi : 1. (paling) besar, terutama: balai ~; layar ~; tiang ~; 2. yg tertinggi: pemerintah ~; 3. teristimewa, terkemuka, terutama: Allahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yg ~; Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia; tamu ~; 4. yg terbuka kpd dan utk dihadiri oleh semua ahli (bkn mesyuarat, persidangan, dsb): persidangan ~ UMNO; mesyuarat ~ Kesatuan Sekerja DBP; mengagungkan menjadikan (menganggap dsb) agung, membesarkan, memuliakan, me­ninggikan: al-Quran ~ ilmu pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu; mengagung-agungkan selalu (sering kali) mengagungkan, sangat mengagungkan; keagungan kebesaran, kemuliaan, keting­gian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; keagungan kebesaran, kemuliaan, keting­gian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; pengagungan perbuatan dsb mengagungkan: antara yg menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah kekurangan bahan rujuk­­an dlm bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gung] | اݢوڠ

Definisi : teragung, teragung-agung ter­han­tuk (kepala, buah-buahan); ragung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gung] | اݢوڠ

Definisi : 1 tertinggi: Allah yg Maha ~. 2 besar: tiang ~; layar ~. mengagungkan menganggap agung; memuliakan; meluhurkan: Sbg rakyat yg setia, kita mesti ~ bahasa Melayu. keagungan keadaan agung; kemuliaan; keluhuran: ~ kerajaan Melayu Melaka telah mencapai kemuncaknya pd zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam, saya nak sahkan pengenai frasa pejabat agung atau Pejabat Agung atau pejabat Agung. Terima Kasih.Menurut data kami, agung bermaksud 1 tertinggi: Allah yang Maha ~. 2 besar: tiang ~; layar ~. mengagungkan menganggap agung; memuliakan; meluhurkan:. Perkataan tersebut dieja dengan huruf kecil, mohon nyatakan pertanyaan dengan jelas supaya kami dapat membantu memberikan jawapan.Ejaan03.08.2020
Saya ingin bertanya tentang susunan subjek dan pradikat seperti berikut: 1.Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Alumni LPP atau Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan atau Mesyuarat Agung Perwakilan Khas; 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Cawangan Tahunan; 4. Cawangan Alumni LPP Negeri Melaka atau Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka; 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP atau Jawatankuasa Alumni LPP Pusat; 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan Alumni LPP; 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri atau Alumni-alumni LPP Cawangan; 6.1. Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP.
2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan.
3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.
4. Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka.
5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP.
6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan ...
7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri.
Tatabahasa09.08.2018
bagaimana menentukan hukum D-M yang betul dalam frasa berikut? - Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Ke-12 - Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 PETRONAS - Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Kali Ke-12 - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 PETRONAS

Tajuk yang betul ialah Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Ke-12

Tatabahasa09.09.2014
Karya Agung: Siapakah penulis yang mendapat anugerah karya agung bagi hasil penulisannya dan apakah judul penulisan mereka?Karya Agung Melayu ialah karya yang tertulis dalam bahasa Melayu atau yang diungkapkan atau dilisankan dalam bahasa Melayu, tidak kira di manakah asalnya di Dunia Melayu ini. Tiga faktor utama yang merangsang penghasilan Karya Agung dalam bahasa Melayu dalam sejarah yang lalu ialah (a) kekuatan bahasa Melayu itu, (b) pengaruh Islam, dan (c) peranan istana dan sekolah pondok/pesantren. Tiada pengarang yang menerima anugerah atas penulisan mereka kerana beberapa sebab seperti waktu, tujuan dan tidak diketahui pengarangnya. Antara karya yang ditakrif sebagai Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku "Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan" terbitan Yayasan KaryawanLain-lain13.06.2007
saya nak bertanya. apakah perbezaan antara Yang di-Pertua Agung dengan Yang Dipertuan Agung. terima kasihEjaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri.Ejaan01.10.2012
Tuan, Adakah istilah 'mesyuarat agung' hanya digunakan jika ada pemilihan ahli jawatankuasa bagi sesuatu pertubuhan? Bolehkah istilah 'mesyuarat agung' digunakan jika tiada pemilihan ahli jawatankuasa.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mesyuarat agung bermaksud perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll). Lazimnya mesyuarat agung yang diadakan terbuka kepada dan untuk dihadiri oleh semua ahli. Mesyuarat agung juga diadakan tidak semestinya untuk memilih ahli jawatankuasa.    

 

 

Istilah24.02.2010
Ini bagi membeli laluan kepada mesyuarat agung Atau Ini bagi memberi laluan pada mesyuarat agung?Ini bagi memberi laluan kepada mesyuarat agung. Kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad (tidak nampak).Tatabahasa23.09.2011
maksud General meeting : adakah ianya ditafsirkan sebagai Mesyuarat Agung tahunan sahaja atau juga mesyuarat agung khasPadanan general meeting dalam bahasa Melayu ialah mesyuarat agung.Istilah24.11.2010
Salam. Mohon bertanya, yang mana satu betul? 1) Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama 2) Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Terima kasih.Tajuk yang betul ialah Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama. (Nombor satu hingga sembilan perlu dieja) manakala angka 10 dan seterusnya dalam tulisan nombor. Sekian, terima kasih.Tatabahasa31.10.2019
Beza perkataan Agong dan AgungBezanya ialah Agong hanya merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja, manakala agung bermakna besar, luas, tertinggi, teristimewa, terbuka kepada semua (spt mesyuarat agung).Lain-lain31.03.2010
12345678

Kembali ke atas