kit'ah | kit'ah | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berkembang dalam kesusasteraan Arab-Parsi. dalam unsur Arab kit'ah bermakna berkerat-kerat, terputus-putus atau berpatah-patah. Lazimnya bentuk kit'ah ini tidak dikongkong oleh sesuatu ikatan sama ada pola, irama mahupun rima. Tema dan persoalan yang diungkapkan dalam baris-baris kit'ah ini berkisar pada nasihat atau panduan hidup masyarakat. Bentuk kit'ah ini dapat dilihat pada contoh yang dipetik daripada buku Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Jikalau kulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kudapat bezakan pada antara rakyat dan sultan. Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman. Barangsiapa yang di atas bumi itu lenyap jua. |
qi?�ah | qi?�ah | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi tradisional yang berupa gubahan puitis yang mengandungi tidak kurang daripada dua bait serangkap, dan tiada had bagi bilangan baitnya. Ada pandangan mengatakan, satu-satu qit�ah tidak boleh melebihi 12 bait, namun ada yang menyatakan baitnya boleh menjangkau 20 bait, atau melebihi 30 bait. Walau bagaimanapun qit�ah yang afdal dan penulisnya dipandang tinggi jika dia berjaya menukil kurang daripada 12 bait dan matlamat nukilannya tercapai. Antara cabang qit�ah ialah al-qasidah dan al-ghazal. Contoh qit�ah yang dicipta oleh Anvari adalah seperti yang berikut: Hark e sa�y-i bad kunad dar haqq-i khalaq Hamchu sa�y-i khish d binad jaza,; Hamchunin farmudad dar nub,; �Laysa lilk-insni illa ma-sa`�a�. Ertinya: �Sesiapa bertindak buruk kepada Tuhan sekalian makhluk, Dia kan melihat balasan buruk seperti tindakan itu, Bak kata Allah dalam al-Quran, Tiada balasan kecuali apa diusahakan!� Dalam sastera Arab, qit�ah ialah puisi yang terdiri daripada empat hingga enam bait. Dalam sastera Melayu, qit�ah ialah sejenis puisi yang panjangnya tidak menentu dan iramanya tidak teratur, isinya mengandungi pengajaran yang baik dan nasihat yang berguna. Contohnya, qit�ah yang dipetik daripada Taju�s-Salatin oleh Bukhari al-Jawhari: Jikalau kaulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kau dapat bedakan pada antara rakyat dan sultan, Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman, Kullu man �alayha fan, Barang siapa yang di atas bumi itu lenyap jua. Lihat juga al-ghazal, al-qasidah. |
Ah receptor | reseptor Ah | Sains Kesihatan | Tiada | Komponen beberapa protein yang dikodkan oleh gen pada lokus Ah. |
authentication header (AH) | kepala pengesahan (AH) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol keselamatan Internet berdasarkan RFC2402 yang direka untuk menyediakan perkhidmatan integriti data dan perkhidmatan pengesahan punca data bagi datagram IP. AH juga direka bagi menyediakan perlindungan daripada serangan ulangan. |
Ah locus | lokus Ah | Sains Kesihatan | Tiada | Kedudukan pada gen yang mengawal atur gerak balas induksi enzim akibat tindakan hidrokarbon aromatik. |
Islamic Bank | Bank Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi yang menerima dana dan memberi pembiayaan kepada pelanggan berasaskan prinsip syariah seperti wadi‘ah, mudarabah, musyarakah, ijarah dan bai‘ bithaman ajil. Akaun semasa wadi‘ah, akaun simpanan wadi‘ah dan akaun pelaburan mudarabah merupakan dana yang diterima oleh bank, manakala pembiayaan hutang dan pembiayaan ekuiti merupakan dua kaedah pembiayaan yang ditawarkan. Keuntungan yang diterima oleh bank daripada pembiayaan akan dikongsi bersama dengan penyimpan akaun pelaburan mudarabah mengikut peratusan yang dipersetujui. |
اهل البدعة | ahli bid’ah | Agama Islam | Hadith | Orang yang melakukan bid’ah. |
muzaraah objective | matlamat muzara‘ah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Hasil yang ingin dicapai daripada akad muzara‘ah, iaitu tanaman telah mengeluarkan buah, buah telah masak, selamat dituai dan hasil telah dibahagi. Sebaliknya jika hasil belum diperoleh dan belum dibahagi, maka matlamat tersebut belum tercapai. |
milk manfa‘ah | pemilikan manfaat | Perniagaan Islam | Tiada | Pemilikan faedah sesuatu barangan sahaja, sedangkan ‘ainnya dipunyai oleh pihak lain. Milk manfa‘ah berlaku dalam akad pinjaman, sewaan, wakaf, wasiat dan ibahah (kebenaran penggunaan). Contoh dalam sewaan rumah, penyewa menikmati faedah rumah tetapi hak pemilikan ‘ain rumah dimiliki oleh pemilik asal. Banding milk ‘ain. |
wadiah current account | akaun semasa wadi‘ah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akaun semasa yang berasaskan prinsip wadi‘ah yad damanah atau simpanan yang terjamin. Pihak bank meminta keizinan daripada penyimpan untuk menggunakan wang yang disimpan selagi wang tersebut berada dalam simpanan bank. Segala manfaat dan keuntungan daripada penggunaan simpanan ini menjadi hak mutlak bank. Walau bagaimanapun, bank boleh mengenakan sejumlah caj perkhidmatan untuk menampung kos yang terlibat dalam pengurusan simpanan. Namun begitu, bank juga biasanya memberi hibah atau ganjaran kepada penyimpan. Para penyimpan pula berhak mengeluarkan sebahagian atau semua simpanan mereka pada bila-bila masa dan bank memberi jaminan untuk mengembalikan wang tersebut. Akaun ini menpunyai ciri yang hampir sama dengan akaun semasa di bank konvensional. |