senuan Ib | tanah perkuburan kecil untuk ahli keluarga sahaja, biasanya hanya memuatkan beberapa orang sahaja. | Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ponggah Tb | angkuh. | Dia cukup faham hati nurani ahli-ahlinya yang pelbagai ragam dan rentak itu. Kalau tidak tegas akan jadi bahan gurauan; lebih-lebih lagi Intan Baiduri, anak hartawan yang bantugan di pekan itu, yang terlalu ponggah. Bicara dan cadangannya tidak boleh ditolak; mesti diterima. Kalau tidak dia akan melenting. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
randau Ib | dialog, perbincangan. | Di ruai tiba-tiba ada randau. Kajan telah menjemput beberapa ahli jawatankuasa rumah panjang kerana perlu memberitahu perkara penting kepada semua. | Dewan Sastera | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lawangan Bj | sejenis tikar yang dihias khusus untuk pengantin sahaja. | Kelihatan pengantin lelaki dan ahli rombongannya dipersilakan duduk bersimpuh di atas lawangan. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bantugan Bj | orang yang tersohor kerana kegagahan dan kebijaksanaan. | Dia cukup faham hati nurani ahli-ahlinya yang pelbagai ragam dan rentak itu. Kalau tidak tegas akan jadi bahan gurauan; lebih-lebih lagi Intan Baiduri, anak hartawan yang bantugan di pekan itu, yang terlalu ponggah. Bicara dan cadangannya tidak boleh ditolak; mesti diterima. Kalau tidak dia akan melenting. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pais Mr Tl | alat memotong padi berupa pisau kecil. | Apabila padi telah masak, petani dan ahli keluarganya mula menuai dengan menggunakan pisau kecil (pais). | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
burung berua Ib | keadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya. | Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tegunggu Kd Pn, Mr | set gong bambu yang dipukul untuk mengeluarkan bunyi yang berlainan. Ia dimainkan untuk mengiringi tarian semazau. | Lupakan saja perkara yang dah terlanjur itu. Aku pun dah meletakkan jawatanku daripada menjadi ahli kumpulan tegunggu di kampung kita. Kalau dijemput pun, aku tak perlu ikut lagi. Tak dapat upah pun, tak mengapalah. Asal saja kita hidup bahagia semula. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pana Ib | nasi hitam yang dimakan oleh keluarga terdekat (isteri, ibu, suami) selama tiga hari atau lima hari atau tujuh hari selepas mayat dikebumikan. | Selepas balik dari upacara pengebumian itu telenga atap atau bahagian atap yang selalu dibuka pada bilik orang yang mati ditutup. Ini ialah supaya, kalau gelap di dunia ini, di dunia kematian atau sebayan rumahnya akan menjadi terang. Selepas itu upacara berkabung pun dimulakan. Orang yang memakan pana pun mulalah memakan nasi hitam sebagai tanda kesedihan di kalangan ahli keluarga si mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |