Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepe­nuh­nya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mem­punyai hak bersuara dan hak dipilih utk meme­gang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi ang­gota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli I

Peribahasa

Tertawa dalam perkabungan.

Bermaksud :

Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
filsufahli fikir, ahli falsafah.Kamus Dewan Edisi Keempat
senator/sénator/ ahli senat; ahli dewan negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
politikusIB ahli politik, ahli kenegaraan.Kamus Dewan Edisi Keempat
senator /sénator/ahli senat; ahli dewan negara.Kamus Pelajar
sufiAr = ahli ~ ahli ilmu suluk (tasawuf); ilmu ~ ilmu suluk (tasawuf); kesufian tingkat pencapaian menjadi ahli sufi: rahsia ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
taklidpenyerahan kpd kuasa ahli-ahli hukum yg terdahulu utk memutuskan sesuatu. bertaklid 1 berserah kpd kuasa ahli hukum yg terdahulu. 2 percaya saja kpd kata orang; menurut; meniru: ~ buta hanya menurut saja tanpa berfikir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
doktor matadoktor yg pakar mengenai rawatan penyakit mata, ahli oftalmologi, ahli oftalmologiKamus Dewan Edisi Keempat
mempertimbangkan1 memikirkan atau merenungkan sesuatu utk membuat kesimpulan: Ahli-ahli jawatankuasa sedang ~ per­mohonan saudara utk menjadi ahli. 2 menyerahkan sesuatu supaya ditim­bang: Hal itu akan dipertimbangkan kpd pihak mahkamah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kecamankritikan (yg keras), bidasan, celaan: pendapat ahli Parlimen itu telah menimbulkan ~-~ hebat drpd ahli-ahli agama;Kamus Dewan Edisi Keempat
pujangga1. pengarang sajak (syair dll) yg agung dan tinggi mutunya; 2. ahli fikir, ahli sastera (bahasa); kepujanggaan perihal pujangga (karang­-mengarang kesusasteraan), sifat-sifat pujangga.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas