Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli agama


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bellum justumbellum justumUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTeori perang adil yang menyatakan bahawa pihak yang berperang hendaklah mempunyai alasan yang wajar untuk berperang. Teori ini membezakan keadaan penggunaan senjata yang dibenarkan dan keadaan penggunaan senjata yang tidak dibenarkan. Teori ini dikaji oleh ahli-ahli teologi moral, ahli etika dan pembuat dasar antarabangsa yang menyatakan bahawa sesuatu konflik keganasan sepatutnya perlu memenuhi kriteria-kriteria falsafah, agama dan politik. Konsep bellum justum berasal daripada tradisi Romawi kuno yang diterima menjadi undang-undang perang oleh golongan Kristian pada abad ke-4, seperti Agustinus dan pada abad ke-17 oleh Hugo Grotius. Teori ini tidak lagi diamalkan pada masa kini. Pada abad ke-20, konsep keselamatan bersama diperkenalkan oleh Waad Liga Bangsa-Bangsa dan kemudiannya diperteguhkan dalam Piagam PBB yang melarang penggunaan kekerasan melainkan hanya untuk mempertahankan diri dan dengan kebenaran Majlis Keselamatan PBB. Sinonim peperangan adil.
كتابىahli kitabAgama IslamFiqhOrang yang berpegang kepada kitab Taurat, Zabur dan Injil.
الكتابةahli kitabAgama IslamFiqhlihat: كتابى
اثبت الناسahli terjituAgama IslamHadithlihat: اوثق الناس
اهل البدعةahli bid’ahAgama IslamHadithOrang yang melakukan bid’ah.
الشورىsyuraAgama IslamFiqhPemesyuaratan yang dilakukan oleh ahli untuk memutuskan sesuatu masalah. Contohnya, pelantikan Khalifah Uthman bin ‘Affan.
امير المؤمنين في الحديثamir ḤadīthAgama IslamHadithGelaran untuk ahli Ḥadīth yang paling tinggi martabatnya.
incestsumbang mahramKriminologiKeadilan JenayahJenayah seksual yang melibatkan persetubuhan antara ahli keluarga yang hubungannya dilarang oleh undang-undang, agama dan adat. Contohnya, persetubuhan antara adik-beradik.
epigraphyepigrafiKesusasteraanTiadaKajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), Batu Bersurat Minye Tujuh (Aceh), dan Batu Bersurat Terengganu. Kajian epigrafi juga banyak dilakukan terhadap tulisan yang terdapat pada batu nisan lama. Tujuannya untuk mengetahui sejarah seseorang tokoh atau tentang unsur-unsur Islam. Kajian epigrafi terhadap tulisan yang terdapat pada dinding kuil atau tugu pula memberikan banyak maklumat tentang sejarah sesuatu tempat, adat-istiadat, undang-undang, kata-kata hikmat dan sebagainya. Epigrafi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �bertulis di atas sesuatu�.
ethics committeejawatankuasa etikaPerubatanTiadaJawatankuasa yang dibentuk oleh sesebuah institusi untuk mengawal selia penyelidikan dari segi etika agar penyelidikan tersebut tidak bertentangan dengan nilai-nilai peradaban, moral, agama dan norma sesuatu tempat sama ada yang melibatkan manusia atau binatang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli daripada pelbagai bidang seperti sains, perubatan, undang-undang, agama, sosial serta orang awam agar semua aspek etika penyelidikan dapat diteliti. Setiap penyelidikan terhadap manusia atau binatang perlu mendapat kelulusan daripada jawatankuasa etika sebelum dimulakan.
12

Kembali ke atas