Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg dipilih oleh rakyat utk menjadi wakil mereka di parlimen; wakil rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli parlimen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESATUAN ANTARA-PARLIMEN

Kesatuan Antara-Parlimen ialah sebuah

organisasi yang terdiri daripada ahli parlimen

di seluruh dunia. Objektifnya adalah untuk

menggalakkan institusi perwakilan dan bekerja

bagi keamanan dan kerjasama antarabangsa.

UMUM 
SUZMAN, HELEN

Suzman, Helen (1917– ) ialah ahli politik

wanita yang paling terkenal di Afrika Selatan. Dia

berkhidmat selama 36 tahun sebagai ahli parlimen

kawasan Houghton, dan menjadi terkenal di

seluruh dunia kerana pendiriannya yang kuat

menentang dasar aparteid. Lihat Aparteid.

UMUM 
OGLETHORPE, JAMES EDWARD

Oglethorpe, James Edward (1696 –1785),

orang Inggeris, merupakan pengasas tanah jajahan

Georgia Amerika. Dia lahir di London dan

mendapat pendidikan di Oxford University. Dia

memasuki tentera British semasa berusia 14 tahun.

Dia dipilih menjadi ahli Parlimen pada tahun 1722.

Di sana, dia mula memberi perhatian kepada orang

yang telah dipenjarakan kerana tidak melunaskan

hutang mereka. Oglethorpe berharap dapat

membantu mereka dengan menubuhkan sebuah

tanah jajahan Amerika bagi penghutang ini. Pada

tahun 1732, dia dan sekumpulan bersekutu

menerima piagam daripada George II bagi tanah

jajahan tersebut, yang bakal ditubuhkan di wilayah

di antara Sungai Savannah dengan Sungai

Altamaha.

UMUM 
MOSLEY, SIR OSWALD

Mosley, Sir Oswald (1896–1980), menubuhkan

Kesatuan Fasis British pada tahun 1930-an. Dia

dan pengikutnya yang berbaju hitam terlibat

dalam rusuhan terutamanya di kawasan East End,

London. Dalam Perang Dunia II (1939–1945),

Mosley ditahan kerana pandangannya yang pro-

Jerman. Kemudian, dia cuba menghidupkan

semula fahaman fasis di United Kingdom. Mosley

lahir di London. Dia dipilih menjadi ahli parlimen

Parti Konservatif bagi kawasan Harrow pada

tahun 1918. Pada tahun 1926, dia dipilih pula

sebagai ahli parlimen Parti Buruh untuk kawasan

Smethwick. Dia bersara pada tahun 1930 dan

menubuhkan partinya sendiri.

UMUM 
ABRAHAM, WILLIAM

Abraham, William (1842–1922), tokoh politik dan

pemimpin kesatuan sekerja dari Wales. Dia lahir di

Cwmavon, Gwent, dan mula bekerja sebagai

pekerja lombong semasa berusia sembilan tahun.

Pada tahun 1871, dia menjadi wakil para pekerja

lombong dan berusaha beberapa tahun untuk

memperbaik kesatuan pekerja lombong. Sebagai

wakil ahli radikal Parti Liberal, dia dilantik menjadi

ahli parlimen pada tahun 1885. Abraham menyertai

Parti Buruh selepas pertubuhan kebangsaan pekerja

lombong bergabung dengan Parti Buruh pada

tahun 1909. Dia kekal sebagai ahli parlimen

sehingga tahun 1920. Abraham terkenal sebagai

pemidato dan mengambil bahagian dalam pesta

sastera budaya Wales yang dikenali sebagai

eisteddfods. Dia terkenal di Wales dengan nama 

Mabon sempena kegiatannya dalam pesta

eisteddfods.

UMUM 
PARLIMEN RUMP

Parlimen Rump ialah nama yang diberikan

kepada Parlimen Inggeris semasa perang saudara

yang berlaku pada pertengahan tahun 1600-an. Ia

mempunyai kurang daripada suku bilangan

ahlinya. Ahli parlimen lain telah dikeluarkan

daripada Parlimen oleh pasukan tentera di bawah

pimpinan Puritan, Oliver Cromwell.

UMUM 
SMITH, JAMES

Smith, James (1827–1897), yang dikenali sebagai

Smith Ahli Falsafah, menjumpai lombong yang

kaya dengan timah di Gunung Bischoff di negara

pulau Australia, iaitu Tasmania pada tahun 1871.

Dia menubuhkan Mount Biscnoff Tin Mining

Company Bischoff pada tahun 1873. Dia menjadi

ahli parlimen dari tahun 1886 hingga tahun 1888

sebelum bersara untuk berladang di Forth. Smith

lahir di George Town, Tasmania dan bekerja

sebagai perantis pengilang tepung dan mencari

gali emas di Victoria.

UMUM 
SOAMES, LORD

Soames, Lord (1920 –1987) ialah tokoh politik

Konservatif Inggeris yang memegang jawatan

sebagai presiden majlis bandaran dari tahun 1979

hingga tahun 1981. Pada tahun 1979 dan tahun 1980

dia memangku jawatan Gabenor Zimbabwe

semasa negara tersebut melalui tempoh peralihan

mendapat kemerdekaan yang sah. Soames

mendapat pendidikan di Eton College dan Royal

Military College, Sandhurst. Pada tahun 1950, dia

menjadi ahli parlimen dan memegang jawatan

kanan dalam kerajaan dari tahun 1958 hingga tahun

1964. Dia dilantik sebagai duta ke Perancis dari

tahun 1968 hingga tahun 1972. Soames ialah

Pesuruhjaya Kesatuan Eropah dari tahun 1973

hingga tahun 1977.

UMUM 
SENIMAN

SENIMAN, persatuan untuk para seniman dan seniwati di Malaysia.  SENIMAN ialah singkatan Persatuan Seniman Malaysia.  Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 hasil usaha bersama Haji Idris Ibrahim, Ahli Parlimen Setapak, Zainuddin Zimbo dan beberapa orang seniman dan seniwati yang terlibat dengan Merdeka Studio di Hulu Kelang, Selangor.  SENIMAN adalah sebagai ganti Persatuan Artis-Artis Malaya (PERSAMA) yang pernah dipimpin oleh P. Ramlee di studio Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1960-an.  PERSAMA dibubar bersama-sama Studio Malay Film Productions jalan Ampas yang ditutup pada 15 September 1967.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
PARLIMEN

Parlimen ialah badan penggubal undang-

undang nasional bagi negara Australia, Kanada,

Jepun, United Kingdom (UK), dan negara

demokratik yang lain. Sesetengah Parlimen terdiri

daripada wakil-wakil yang dipilih keseluruhannya,

manakala sesetengah Parlimen mempunyai ahli

yang dipilih dan dilantik atau ahli melalui

keturunan.

UMUM 
12

Kembali ke atas