Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öaib]/[aib] | عاءيب

Definisi : 1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dsb oleh seseorang anggota keluarga dsb, cela, nama buruk, penghinaan; memberi ~ memberi malu, mencela (nama baik keluarga dsb); menaruh ~ berasa malu; 2. cacat, salah: tiap-tiap benda yg murah tidak dapat tidak ada ~nya; mengaibkan 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~ jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu: kadi memberitahu perem­puan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam; keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öaib]/[aib] | عاءيب

Definisi : 1 hina atau malu oleh sebab sesuatu perbuatan yg tidak sopan dsb: memberi ~ memalukan. 2 kesalahan; cacat: Jika ada ~ dan bebalnya, maafkanlah saja. mengaibkan menjatuhkan maruah seseorang; mendatangkan aib kpd; memalukan. keaiban sesuatu yg mengaibkan (memalukan); cela; noda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aib

Peribahasa

Mencabik baju di dada.

Bermaksud :

Menceritakan aib kaum keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asset ijarah bond (AIB)bon aset ijarah (AIB)EkonomiEkonomi IslamInstrumen kewangan yang dikeluarkan berasaskan kepada penyewaan aset. Instrumen ini bertujuan untuk mendapatkan pembiayaan pembelian aset tahan lama seperti pembelian bangunan sekolah yang disewakan kepada kerajaan. Akad ijarah membolehkan instrumen tersebut menjana aliran sewa secara berterusan untuk diagihkan kepada pemegang AIB. Lihat juga sekuriti asas aset.
khiyar ‘aibkhiyar barang rosakPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pembeli sekiranya terdapat kerosakan atau kecacatan pada produk. Kecacatan hendaklah berlaku sebelum atau semasa akad dan pembeli tidak mengetahui kerosakan tersebut. Sekiranya pembeli mengetahui terdapat kerosakan tetapi masih meneruskan pembelian, maka pembeli tidak mempunyai hak untuk menamatkan akad atau meminta diskaun.
tadlis al-‘aibmenutup keaibanPerniagaan IslamTiadaLihat tadlis.
خيار العيبkhiyār aibAgama IslamFiqhKuasa memilih atau menentukan sesuatu akad dengan sebab ada kecacatan pada barang yang dibeli.
التفريق للعيبperceraian sebab aibAgama IslamFiqhPerceraian yang berlaku di antara suami isteri disebabkan salah seorang daripadanya mengalami keaiban seperti gila, sopak, kusta, mati pucuk dan lain-lain.
stigmastigmaKejururawatanTiadaPerasaan aib yang dialami oleh individu dan keluarganya.
shynesssifat pemaluPentadbiran PerniagaanTiadaSifat berasa aib, hina, rendah diri dan sebagainya pada seseorang.
tadlissalah nyataPerniagaan IslamTiadaUrus niaga yang dilakukan dengan menyembunyikan kekurangan atau kecacatan fizikal pada produk. Contohnya, menjual barangan terpakai dengan menyatakan bahawa barang tersebut adalah baru. Sekiranya pembeli mengetahui penipuan tersebut setelah berlakunya akad, maka pembeli mempunyai hak untuk membuat khiyar. Sinonim tadlis al-‘aib.

Kembali ke atas