البيع المقايضة | jualan barter | Agama Islam | Fiqh | Jualan ‘ain dengan suatu ‘ain yang lain atau jual barang dengan barang. |
ain | zat benda | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal objek boleh disentuh seperti rumah, tanah atau haiwan yang mempunyai nilai atau tidak. Ain tidak semestinya berstatus harta. |
milk ‘ain | pemilikan barang | Perniagaan Islam | Tiada | Pemilikan fizikal sesuatu barangan, sedangkan faedahnya dinikmati pihak lain. Oleh itu, pemilik barang tidak menikmati faedah barang tersebut selagi hak mendapat faedah (haqq intifa‘) berada dalam pemilikan pihak lain. Pemilik barang juga tidak boleh melakukan sesuatu tindakan terhadap barang tersebut yang boleh merosakkan atau mengurangkan faedahnya. Contohnya, pemilik rumah sewa tidak boleh mengubah suai atau menjual rumah tanpa memaklumkan kepada pemilik faedah, iaitu penyewa. Sinonim milk riqbah. Banding milk manfa’ah. |
aqd ‘ain | akad barang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang memerlukan penyerahan produk ketika akad. Contohnya, dalam akad hibah, penerima akan menerima produk daripada pemiliknya. Akad ini juga boleh berlaku dalam pinjaman produk, simpanan, gadaian dan hutang. |
kafalah bil ‘ain | jaminan barangan | Perniagaan Islam | Tiada | Lihat kafalah bil taslim. |
ع | ‘ain | Agama Islam | Hadith | 1. Singkatan bagi Abu Ya’la al-Mausiliy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab Musnad Abu Ya’la. 2. Singkatan kepada al-Jamā’at. |
عب | ‘ain-ba | Agama Islam | Hadith | Singkatan bagi Abd al-Razzāq al-Ṣan’āniy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab al-Jāmi’. |
عبد | ‘ain-ba-dal | Agama Islam | Hadith | Singkatan bagi Abd Ibn Humaid yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab Musnad Ibn Humaid. |
عد | ‘ain-dal | Agama Islam | Hadith | Singkatan bagi Ibn ‘Adiy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab al-Kamil. |
عق | ‘ain-qaf | Agama Islam | Hadith | Singkatan kepada al-‘Uqayliy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab al-Du’afa’. |