Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air II;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK NASSER

Tasik Nasser, terbentuk apabila air Sungai Nil

disekat oleh Empangan Tinggi Aswan di Mesir.

Tasik ini dinamakan sempena nama presiden

Mesir, Gamal Abdel Nasser. Empangan yang mula

beroperasi pada tahun 1968 itu terletak 684

kilometer ke selatan Kaherah. Tasik tersebut

dipenuhi air sepenuhnya pada tahun 1981. Tasik

Nasser meliputi kira-kira 4014 kilometer persegi.

Air dari tasik tersebut digunakan untuk mengairi

tanah ketika kekurangan air dan untuk menjana

kuasa hidroelektrik. Kuil Abu Simbel yang dibina

oleh firaun Ramses II, dipotong dari cenuram di

sepanjang Sungai Nil dan dialihkan ke tanah yang

lebih tinggi bagi mengelak daripada air yang naik

(lihat Kuil Abu Simbel ).

Lihat juga Empangan Tinggi Aswan.

UMUM 
NEGARA

Negara ialah istilah yang bermaksud sesebuah

tanah air merdeka yang mempunyai nama dan

sempadan geografi yang tertakrif dengan jelas.

Bilangan negara merdeka telah bertambah

beransur-ansur sejak Perang Dunia II (1939–1945)

kerana lebih banyak tanah jajahan telah mencapai

kemerdekaan. Dari segi saiz, negara-negara di

dunia ialah daripada Vatican City, yang meliputi

44.0 hektar, sehinggalah Rusia, yang meliputi

17 075 400 kilometer persegi.

UMUM 
TASIK PEIPUS

Tasik Peipus ialah kawasan air di sempadan di

antara Estonia dengan Rusia. Untuk lokasi, lihat

Rusia (peta rupa bumi). Panjangnya ialah 150

kilometer dan meliputi kawasan seluas 3626

kilometer persegi. Semasa Perang Dunia II,

kawasan tasik ini menjadi tempat pertempuran

sengit antara tentera Jerman dengan tentera

Kesatuan Soviet semasa pengepungan Leningrad

(kini St. Petersburg).

UMUM 
TERUSAN KIEL

Terusan Kiel adalah jalan air yang merupakan

jalan pintas bagi kapal-kapal yang belayar dari Laut

Utara ke Laut Baltik. Pada suatu masa dahulu, ia

dikenali sebagai Terusan Kaiser Wilhelm. Nama

Jerman yang rasmi ialah Nord-Ostsee-Kanal

(Terusan Laut Utara-Timur). Ia memendekkan

pelayaran mengelilingi Denmark dengan jarak

melebihi 480 kilometer. Terusan ini terletak di

utara Jerman. Ia bermula dari Brunsbüttelkoog di

muara Sungai Elbe hingga Holtenau berhampiran

Kiel, iaitu bandar pelabuhan Baltik. Terusan ini

dinamakan serupa nama bandar pelabuhan Kiel.

Pembinaan Terusan Kiel dimulakan oleh

kerajaan Jerman pada tahun 1887, dan siap pada

tahun 1895. Semenjak itu, terusan ini telah

diperluaskan. Julat kelebaran terusan ini ialah

antara 102 meter hingga 162 meter, dalamnya 11

meter dan panjangnya 98.5 kilometer. Bom-bom

tentera Berikat merosakkan terusan ini semasa

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
PERTEMPURAN BRITAIN

Pertempuran Britain merupakan pertempuran

udara yang muktamad semasa Perang Dunia II

(1939–1945). Pegawai-pegawai Luftwaffe (tentera

udara Jerman) percaya bahawa ketahanan British

dapat dikurangkan dengan penggunaan kuasa

udara semata-mata. Mereka percaya bahawa

serangan dapat dilakukan sebaik sahaja Jerman

memusnahkan Tentera Udara Diraja (Royal Air Force

[RAF]).

UMUM 
TANAH JAJAHAN

Tanah jajahan ialah petempatan yang ditubuhkan

oleh sesuatu kumpulan penduduk di luar negara asal

mereka, tetapi tetap diperintah oleh tanah air mereka.

Tanah jajahan ditubuhkan dengan tujuan untuk

mencari lebih banyak kawasan yang dapat dijadikan

tempat tinggal agar dapat mengurangkan tekanan

kepadatan di tanah air mereka, untuk meningkatkan

perdagangan dengan mencari pasaran bagi barang-barang

buatan, untuk mendapatkan sumber bahan

mentah, untuk melindungi kepentingan ketenteraan,

dan untuk meningkatkan prestij negara ibunda.

Hampir separuh daripada negara anggota

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bekas

tanah jajahan yang mendapat kemerdekaan sejak

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
SARK

Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan

Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England

dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya

kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer

lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan

sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini

terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar

dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan

daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak

teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya.

Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor

adalah satu-satunya kenderaan bermotor

dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang

paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark

merupakan kerajaan gabungan feudal dan

demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan.

Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama

dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi

dengan bot dari Jersey, yang mempunyai

perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari

England. Semasa Perang Dunia II (1939–1945),

tentera Jerman menduduki pulau ini.

Lihat juga Kepulauan Channel.

UMUM 

Kembali ke atas