Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bh najis, tahi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. banjir. b. najis; tahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air besar

Peribahasa

Air besar,
     batu bersibak.

Bermaksud :

Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah semua perkataan yang terdapat dalam kamus DBP boleh digunakan dalam pembinaan ayat. Contohnya, Budak itu sedang pangsai di tandas. Maksud pangsai (loghat Cina) ialah buang air besar.

Sdr. Ooi, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Walaupun perkataan pangsai ada tertulis di dalam kamus seperti rujukan yang Sdr. nyatakan, namun ia dinyatakan sebagai bahasa percakapan dalam bahasa Cina. Oleh yang demikian dalam urusan rasmi perkataan itu tidak boleh digunakan. 

Makna14.04.2009
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan sama ada frasa masalah sembelit adalah betul atau salah. Adakah sembelit boleh dikatakan sebagai masalah? Terima kasih.Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, sembelit ialah sukar buang air besar, sukar ke sungai besar.
Masalah sembelit - frasa yang betul kerana sembelit mendatangkan masalah kesakitan atau kesukaran kepada manusia.
Tatabahasa28.08.2012
Selamat sejahtera tuan/puan. Adakah perkataan "tandas" merujuk kepada tempat membuang air sahaja, ataupun perkataan tersebut juga bermaksud benda yang digunakan untuk membuang air? Adakah "mangkuk tandas" merujuk kepada seluruh benda (termasuk paip air dsb) ataupun bahagian yang semacam mangkuk? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, tandas bermaksud bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dan sebagainya) tempat membuang air (yang dilengkapi dengan mangkuk tandas, sink, dan sebagainya), atau disebut bilik air.  Mangkuk tandas sesuatu seperti mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sebagai tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas.Makna12.10.2012
Salam, boleh tuan/puan berikan maksud 'air laut', 'air kolam' dan 'air sungai'? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan, laut ialah air masin yang menggenangi sebahagian besar daripada muka bumi, sungai ialah  tali air yang semula jadi dan kolam ialah lubang (lekuk) di tanah yang berisi air. Puan boleh melayari laman PRPM.dbp.gov.my untuk makna perkataan.Tatabahasa03.09.2013
mana satu kah ejaan yang betul qadak atau qadaKedua-dua perkataan tersebut ada dalam bahasa Melayu. Qadak dan qada ialah kata serapan daripada bahasa Arab namun berbeza maknanya.
Qada bermaksud:  menggantikan (mencukupkan, membayar) fardu yg ketinggalan; ~ puasa berpuasa utk mencukupkan (membayar) puasa yg tertinggal;  ~ hajat (besar) buang air (besar). 

Qadak bermaksud: sesuatu yg berlaku ke atas makhluk semasa hidupnya; hukum atau takdir Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Makna06.08.2018
Mana patut saya gunakan? 1 Dia berasal dari negeri Pahang. 2 Dia berasal dari Negeri Pahang. 3 Saya membeli-belah di pasar raya Sunshine. 4 Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 5 Dia ialah guru besar SK Air Itam. 6 Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 7 Dia ialah Guru besar SK Air Itam. 8 Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. 9 Dalam majlis itu, Guru Besar memberikan ucapan. 10 Dia berasal dari Negara Jepun. 11 Dia berasal dari negara Jepun. 12 Mak cik Minah berada bersama dengan kami. 13 Mak Cik Minah berada bersama dengan kami.

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1.   Dia berasal dari negeri Pahang.

2.  Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine.

3.  Dia ialah Guru Besar SK Air Itam.

4.  Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. (Nota: guru besar dalam konteks ayat ini ialah  kata nama am dan hendaklah ditulis dengan huruf kecil kecuali dijadikan kata nama khas; Contohnya, Tuan Haji Ahmad, Encik Ah Chong,  Guru Besar Ali SK Air Itam, Profesor Dr. Ah Lin, Dr. Muru, Kapal Diraja Malaysia, Proton Saga dan sebagainya)

5.  Dia berasal dari negara Jepun.

6.  Mak Cik Minah berada bersama dengan kami.

Tatabahasa10.05.2009
perkataan seperti air milo, nescafe dan yang sepertinya, apakah perlu dieja sebagai air Milo, Nescafe? Atau dibiarkan huruf kecil? Nama khas seperti Milo dan Nescafe hendaklah dieja menggunakan huruf besar , contoh : air Milo dan  air Nescafe.Ejaan25.02.2008
Tuan, Mohon keterangan daripada tuan ayat seperti berikut: 1. Sementara saya menunggu, ibu membeli kuih di pasar malam. 2. Abang saya suka bermain bola sepak di padang yang luas / besar. 3. Kanak-kanak / Budak itu sedang bermain air di dalam air terjun yang besar / jernih. 4. Saya menunggang basikal pergi ke / ke sekolah setiap hari kecuali hari(perlu huruf besar?) Sabtu dan Jumaat.1. Sementara saya menunggu ibu membeli kuih di pasar malam. - ayat ini tidak lengkap, tidak ada predikat
2. Abang saya suka bermain bola sepak di padang yang luas/besar. - Perkataan luas/besar betul bagi ayat tersebut.
3. Kanak-kanak / Budak itu sedang bermain air di dalam air terjun yang besar/jernih. - betul
4. Saya menunggang basikal ke sekolah setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu.
Tatabahasa06.03.2012
apakah maksud perkataan berikut beserta dengan contoh ayat a) pasang siap b) pasang besar c) pasang layar d) pasang turun e) pasang iklan f) pasang jagaa. pasang siap = yang dibina atau dibuat dengsn mengena-ngenakan atau mencantum-can­tumkan bahagian-bahagiannya yang telah disediakan atau dibuat terlebih dahulu.
b. pasang besarair pasang besar pada masa bulan muda (atau penuh);
c. pasang layar = me­naikkan (mengenakan) layar
d. pasang turun = air laut (sungai) surut atau turun
e. pasang iklan =  memasukkan iklan (dalam akhbar, majalah, dan lain-lain);
f. pasang jaga =  menempatkan (mengadakan) jaga.
Makna13.02.2013
Bagaimanakah penulisan perkataan 'bomba' ditulis di dalam sesuatu ayat? Adakah kesemua huruf besar atau huruf 'B' sahaja yang besar? Samada Bomba atau BOMBA?

bomba

  • 1. alat utk mengepam air dll, pam: air telaga itu dinaikkan ke atas dgn ~; 2. pasukan yg bertugas utk memadamkan kebakaran; ahli ~ orang yg bertugas memadamkan kebakaran; kereta ~ kereta yg digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memadamkan kebakaran;

Pengejaan kata bomba adalah seperti yang dieja dalam Kamus Dewan, yang dilampirkan di atas. Jika merujuk Jabatan Bomba, maka huruf besar digunakan bagi huruf pangkal "B", iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sekian, harap maklum.  Terima kasih.

Lain-lain04.02.2010
12345

Kembali ke atas