Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bh najis, tahi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. banjir. b. najis; tahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air besar

Peribahasa

Air besar,
     batu bersibak.

Bermaksud :

Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
igat Ibsapaan merujuk kepada menantu lelaki atau orang lelaki muda.Nanti dululah igat, masih awal ini, kata Raja Remaung, yang sebentar kemudian keluar dari rumah itu dengan alasan hendak membuang air besar, tetapi sebenarnya dia mengambil dua helai daun pisang yang diletakkannya di bawah tempat tidur isterinya.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jelatung Ib, Ml, MSrtempat mandi di sungai, yang dibina khas, supaya tidak ditenggelami air ketika air pasang naik.Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
payungun, *payungan* Mrtajau besar.Nah... banyak yang mati... tapi ada lagi kelebihan mereka ada satu tajau yang dipanggil itu "Payungun." Kebanyakan payungun jenis yang paling besarlah. Dia ada mereka isi air itu, dan air itu dan boleh kasi hidup orang yang sudah mati.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tajo Ib, MSrtajau (sejenis tempayan besar).Tajo-tajo yang besar itu terapung-apung di atas air. Ia ditelan oleh naga itu satu-satu. Oleh kerana terlalu banyak tajo itu ditelannya, maka naga itu pun mati lalu terggelam ke dasar laut.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kibut Ibsejenis bekas besar daripada kaca atau plastik untuk mengisi air.Ada juga yang terpaksa pergi sebentar ke pekan untuk membeli gula, minyak masak, tembakau, garam dan minyak tanah. Mereka tidak perlu membeli banyak minuman keras kerana terdapat lapan bekas kibut sumbangan Tauke Juho.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rumbak Ibperihal kulit yang terkopak atau terbuka besar akibat penyakit sopak atau terkena air panas.Kemudian didapati ada sedikit calar pada badan Nara kerana cakaran kuku harimau tersebut. Calar itu kemudian semakin membesar, menjadi septik atau rumbak dan tidak boleh baik. Ini menyebabkan Nara tidak berkahwin sehingga mati tua.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas