Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bh najis, tahi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. banjir. b. najis; tahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air besar

Peribahasa

Air besar,
     batu bersibak.

Bermaksud :

Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Air besar sampan tak hanyut.Maksud tidak tercapai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air besar, batu bersibak.Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terseberang pada air besar.Terselamat daripada bahaya besar. terseberang = dapat menyeberang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekali air besar, sekali tepian beranjak (= beralih).Apabila pembesar atau pemerintahan berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga. (Bandingkan dengan: Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air gedang menghanyutkan.Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Air tenang menghanyutkan). gedang = besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air tenang menghanyutkan.Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Air gedang menghanyutkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cekarau besar liang.Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang. cekarau = sebangsa tumbuhan di air yang besar lubang batangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di lurah air yang besar, di bukit orang yang hanyut.Orang yang tiada bersalah menerima hukuman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak.Dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas