Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ais] | اءيس

Definisi : air yg dibekukan, air batu; ~ kering sj bahan pendingin makanan yg dibuat dgn menyejat­kan karbon dioksida cecair dgn cepat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ais] | اءيس

Definisi : air batu. ~ kering ist karbon dioksida dlm bentuk pepejal, yg boleh memejalwap, digunakan utk menyejukkan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ais


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARAH AIS

Sarah ais atau dinamakan pek ais. Apabila

permukaan air laut di kawasan Artik membeku, ia

menjadi lembar ais. Apabila angin bertiup kencang,

ia boleh memecahkan lembar ais ini. Kepingan ais

yang besar juga boleh memecahkan lembar ais

apabila bahagian tepinya mencair pada musim

panas. Kepingan ais leper yang terapung yang

dikenali sebagai flo ais , boleh terbentuk semula

bersama sarah ais , sama ada terapung di lautan

atau tersusun di pinggir pantai. Sarah ais juga

dikenali sebagai ais sarah.

Lihat juga Aisberg; Antartika; Lautan Artik.

UMUM 
AIS

Ais ialah air yang beku. Suhu sejuk menyebabkan

ais terbentuk di tasik dan sungai, dan di atas jalan

dan laluan jalan kaki yang basah. Salji, hujan beku,

fros, dan hujan air batu ialah ais, begitu juga

glasier. Ais terjadi apabila suhu air tulen jatuh

kepada 0°C. Suhu ini dikenali sebagai takat beku

bagi air. Ia juga dirujuk sebagai titik ais, satu

daripada dua titik tetap pada termometer. Air yang

mengandungi bendasing, seperti alkohol, garam,

atau gula, membeku pada suhu lebih rendah

daripada air tulen. Bendasing yang sedemikian

boleh ditambah pada air untuk mengelakkannya

daripada membeku. Apabila bendasing dicampur

pada ais, ia menyebabkan ais cair.

UMUM 
ZAMAN AIS

Zaman Ais ialah suatu tempoh dalam sejarah

dunia semasa lembar ais meliputi kawasan

daratan yang luas. Ahli sains bumi percaya

bahawa terdapat beberapa Zaman Ais yang utama,

yang setiap satunya lamanya beberapa juta

tahun.

UMUM 
AIS KERING

 Ais kering ialah karbon dioksida pepejal. Nama

ais kering merujuk kepada hakikat bahawa bahan

ini berubah bentuk daripada pepejal kepada gas

tanpa terlebih dahulu menjadi cecair.

UMUM 
KAPAL PEMECAH AIS

Kapal pemecah ais ialah kapal yang direka

untuk belayar melalui air yang dilitupi ais.

UMUM 
HOKI AIS UMUM 
LUNCUR AIS UMUM 
LEMBAR AIS

Lembar ais, lapisan glasier yang menutupi permukaan kerak bumi di benua.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
ANTARTIKA

Antartika ialah benua yang ditimbusi oleh ais

yang merangkumi dan mengelilingi Kutub Selatan.

Kawasan bumi yang hampir kontang ini paling

sejuk dan diliputi ais yang paling tebal di dunia.

Kawasan ini lebih sejuk sedikit daripada kawasan

di sekitar Kutub Utara. Kutub Utara terletak di

Lautan Artik. Tetapi Kutub Selatan terletak di

tengah-tengah benua Antartika, di atas penara yang

sentiasa berangin yang kekal dilitup ais dan salji.

UMUM 
KAPAL PENDARATAN

Kapal pemecah ais ialah kapal yang direka

untuk belayar melalui air yang dilitupi ais.

UMUM 
12345

Kembali ke atas