Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.jar.a.jar] | اجر ٢

Definisi : sl pertapa, pendeta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajar-ajar

Puisi
 

Jahit baju jahit seluar,
     Jangan dijahit kain berbalik;
Kalau hendak sila ajar,
     Kalau tidak hendak saya nak balik.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Telinga bagai telinga rawah.

Bermaksud :

Tidak mengendahkan nasihat atau tegur ajar orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon tunjuk ajar, 1) Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa sihat sejahtera atau 2) Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa sihat sejahtera? Terima kasih Tuan.

Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul, namun ayat ini menjadi lebih jelas sekiranya dimasukkan perkataan “kita” seperti contoh yang berikut:

1.   “Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.” dan  “Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.”

 

Tatabahasa30.01.2024
Tuan, adakah ayat ini betul? 1. Guru Kemahiran Hidup menasihatkan cara memenggal kayu kepada murid-muridnya. Kata "menasihatkan" bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar. Jadi, ayat (1) bermaksud guru Kemahiran Hidup memberikan cara memenggal kayu sebagai tunjuk ajar kepada murid-muridnya atau bermaksud guru Kemahiran Hidup menjadikan cara memenggal kayu sebagai tunjuk ajar kepada murid-muridnya.Ayat yang lebih betul : Guru itu memberi tunjuk ajar cara memotong kayu kepada murid-muridnya atau Guru itu menunjuk cara memotong kayu kepada murid-muridnya.Tatabahasa31.12.2014
Bagaimana cara untuk menjadi penulis buku kanak-kanak? Tolong beri tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk memberi tunjuk ajar di halaman yang begini adalah sukar.  Saudara disarankan supaya mengikuti kursus penulisan karya kreatif yang sering dianjurkan oleh persatuan penulis.  Sila hubungi persatuan penulis yang berdekatan dengan saudara untuk mendapatkan keterangan lanjut.  Saudara juga boleh menghubungi KEPEZI yang diketuai oleh Puan Zaharah Nawawi seorang penulis wanita mapan Malaysia.  Radio IKIM juga kadangkala mengendalikan kursus penulisan kreatif.  Selamat mencuba dan berjaya.  Andainya saudara mempunyai manuskrip cerita kanak-kanak hantarkanlah kepada Ketua, Pusat Penyelidian dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya saudara mahu Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan karya saudara.Lain-lain14.02.2010
Saya difahamkan daripada Tatabahasa Dewan bahawa awalan peN- bervariasi dengan pel- didefinisikan hanya sebagai: bergabung dengan kata dasar 'ajar' menjadi 'pelajar' untuk menandakan makna orang yang menerima kerja mengajar atau orang yang melakukan kerja belajar. Ini bererti hanya pada kata 'ajar' yang boleh diaplikasikan hukum ini. Maka, saya ingin bertanya bagaimana pula dengan hukum yang mendasari perkataan 'pelbagai'? Adakah ini bermakna bahawa 'pelbagai' tidak tergolong kategori [peN- bervariasi pel-] seperti di atas, dan oleh hal yang demikian 'pelbagai' bukan merupakan kata terbitan?Terdapat kekecualian apabila awalan peR- diimbuhkan kepada kata dasar ajar sahaja. Imbuhan tersebut akan berubah menjadi pel-. Lihat contoh: per- + ajar = pelajar  

Kata "Pelbagai" tergolong dalam kata tunggal dan tidak menerima sebarang imbuhan. Justeru, kata tersebut tidak boleh digolongkan dalam variasi awalan peR- tersebut.
Tatabahasa01.08.2018
Apakah jenis imbuhan untuk perkataan belajar ? Kata dasar ialah ajar. Adakah imbuhan Bel-

Bagi perkataan "belajar", imbuhan yang digunakan ialah imbuhan awalan ber-, iaitu imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar "ajar". Gabungan imbuhan ber- dengan kata dasar "ajar" menghasilkan kata terbitan "belajar", iaitu satu bentuk kekecualian.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 162.

Tatabahasa29.08.2023
3. Bagaimankah penggunaan “mu” dan “kau”? Yang mana betul: a. Akalmu/ akal mu b. Ajarku/ ajar ku c. Kuajar/ ku ajar d. Kauterima/ kau terima e. Cawanku/ cawan ku f. Ambilkan kucawan/ ambilkan ku cawan/ ambilkanku cawanKata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan.Tatabahasa08.05.2007
Assalamualaikum WBT, saya ingin kepastian tentang penggunaan perkataan "penunjukajar" dan "penunjuk ajar". Antara dua perkataan tersebut, yang manakah adalah betul untuk digunakan?Ejaan yang betul ialah penunjuk ajarEjaan30.01.2024
Ibu bapa perlu lebih pritatin terhadap anak-anak. Contohnya sabar memberi tunjuk ajar . adakah ayat kedua merupakan ayat tergantung? adakah ayat sebegini diterima dalam penulisan pmr? terima kasihAyat yang betul ialah ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak-anak, contohnya sabar memberi tunjuk ajar.Tatabahasa21.01.2010
Apakah perbezaan perkataan 'menasihati' dan 'menasihatkan' dari segi penggunaan?Menasihati bermaksud memberi nasihat (tunjuk ajar dan sebagainya) kepada: Guru menasihatinya supaya memulangkan barang yang dicuri itu kepada tuannya, manakala menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar, contohnya: Sia-sia sahaja menasihatkan budak-budak yang tidak berakhlak itu.Tatabahasa02.03.2011
Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih.

Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih.

Tuan perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengaetahui selok belok penerbitan baharulah tuan menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan).

Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia.

Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit.

Lain-lain23.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas