Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ja.ran] | اجرن

Definisi : 1. segala sesuatu yg diajarkan, nasihat, petunjuk: mempercayai keramat adalah bertentangan dgn ~ agama; tidak melupa­kan ~ guru; ~ sesat ajaran yg terpesong drpd akidah atau syariat agama Islam; 2. teori, mazhab: ~ Darwin; ~ Imam Shafie; 3. hu­kuman (pukulan dll) utk menjerakan: sudah beberapa kali ia diberi ~ oleh pemuda-pemuda sekampungnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ja.ran] | اجرن

Definisi : 1 pengetahuan (ilmu dll) yg diajarkan: ~ Karl Marx bertentangan dgn ~ agama Islam. 2 hasil drpd mengajar: ~ guru tidak dilupakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajaran

Peribahasa

Bengkok batang bengkoklah bayangnya.

Bermaksud :

Mengikut ajaran yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, pilihan frasa di bawah yang manakah adalah betul? 1. bertentangan dengan ajaran Islam 2. bertentangan ajaran Islam 3. bertentang dengan ajaran Islam 4. bertentang ajaran Islam Tolong jelaskan sebab frasa yang betul dan sebab frasa yang salah. Terima kasih atas usaha DBP.Frasa yang gramatis ialah "bertentangan dengan ajaran Islam". Penggunaan kata sendi nama "dengan" lebih tepat digunakan kerana berfungsi sebagai keterangan cara yang menerangkan ayat induk. Keterangan cara ialah  unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.

Tatabahasa13.05.2014
berpegang teguh pada ajaran agama atau berpegang teguh kepada ajaran agama? mana satu yang betul?Frasa yang betul ialah 'berpegang teguh pada ajaran agama'. Tatabahasa06.04.2011
DBP, BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A)berpegang teguh kepada ajaran agama ATAUPUN (B)berpegang teguh pada ajaran agamaUngkapan yang betul ialah "berpegang teguh pada ajaran agama".Tatabahasa27.05.2011
Mohon dijelaskan manakah yang lebih gramatis: 1.Membersihkan kekotoran berlandaskan kepada ajaran Islam atau 2. Membersihkan kekotoran berlandaskan ajaran Islam. Terima kasih atas penjelasan.Lebih gramatis - Membersihkan kekotoran berlandaskan kepada ajaran Islam. 

Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.
Tatabahasa05.09.2012
Apakah beza penggunaan kata nama ‘ajaran’ dengan ‘pengajaran’?

 Ajaran” bermaksud sesuatu yang diajarkan oleh sesorang atau sesuatu seperti agama dan kitab.

“Pengajaran” bermaksud hal, proses atau perbuatan mengajar atau mengajarkan atau Pengalaman pahit yang dijadikan sebagai pedoman atau iktibar supaya tidak berulang.

Contoh ayat:

      i.       1. Iskandar selalu ingat akan ajaran gurunya.

     ii.       2. Pengajaran Cikgu Arifin tentang sejarah Bahasa Melayu ternyata sangat berkesan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 32.

Tatabahasa16.01.2024
Bagaimana cara menulis simbol '/' dalam ayat? Ajaran sesat/militan (tidak jarak) atau Ajaran sesat / militan (dijarakkan)Penggunaan simbol / perlu dirapatkan (tidak jarak).Lain-lain13.08.2016
Tuan, Apakah kesalahan (ejaan/tatabahasa) untuk ayat di bawah? 1. Ajaran Islam mengingatkan penganutnya agar sentiasa menjaga aqidah supaya tidak terpesong daripada landasannya. Terima kasih.
Ajaran Islam mengingatkan penganutnya agar sentiasa menjaga akidah supaya tidak terpesong daripada landasan.
Lain-lain05.12.2017
Penggunaan kata yang mana betul antara pengajaran @ ajaran dalam ayat ini? “Sarah menumpukan perhatian terhadap pengajaran gurunya.”Berdasarkan cadangan padanan jawapan yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah "Sarah menumpukan perhatian terhadap ajaran gurunya."Lain-lain09.01.2024
Assalamualaikum. Peribahasa: Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali. Maksud: Lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan. Saya ingin bertanya, mengapa 'telinga tempayan' itu dikatakan membawa kepada kebaikan sedangkan maksud 'telinga tempayan' adalah orang yang tidak mahu mendengar kata? Sudilah kiranya pihak tuan menerangkan, mengapa maksud peribahasa itu begitu. Terima kasih.Dalam pangkalan data kami  tidak ada maklumat tentang sebab peribahasa tersebut diungkapkan, melainkan maksud  peribahasa seperti yang puan maklumi. Carian di internet juga tidak menemukan sebarang maklumat yang berkaitan.Makna01.06.2014
(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan etika masyarakat yang bertamadun. bolehkah perkataan etika digantikan dengan kata 'norma'?Perkataan etika boleh digantikan dengan norma. Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat yang bertamadun.Lain-lain05.05.2010
123456789

Kembali ke atas