Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perjanjian dlm perkahwinan; mengakadnikahkan mengijab­kabul­kan, me­­­­ni­kahkan: puteri itu telah diakadnikahkan baginda dgn anakanda baginda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perjanjian perkahwinan (dilakukan oleh wali pengantin perempuan atau wakilnya dan pengantin lelaki atau wakilnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nikah
Kata Terbitan : bernikah, menikahi, menikahkan, pernikahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bilakah kita menggunakan i) di majlis/acara; ii) dalam majlis/acara? Adakah contoh-contoh berikut betul: a) Ahli parlimen itu telah berucap di majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin pengsan. 2. Yang mana satukah betul: a) Liana melarikan diri dari penculiknya, atau b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Terima kasih dan salam takzim.Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah "dalam  majlis".  Oleh itu ayat yang  betul ialah a). Ahli parlimen itu telah berucap dalam majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin (perempuan/lelaki) pengsan. 2.  b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Tatabahasa04.06.2021
Apakah padanan bahasa inggeris yang sesuai bagi menerjemah ayat/istilah ini: 1. Hantaran Kahwin 2. Mas Kahwin 3. Belanja Kahwin 5. Berbalas Hantaran 6. Wang Hantaran 7. Akad Nikah 8. Nafkah 9. Nafkah Zahir dan Batin 10.Duduk bersimpuh 11. Pernikahan Kali ke? 12. Isteri ke? tema istilah, perkahwinan dan pernikah sekian terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
mksud kegawatan ekonomi. Punca, kesan dan cara mengatasi masalah kegawatan ekonomi.

Saudara,

Perkataan gawat bermakna berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;

menggawatkan : menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg di lakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~;

kegawatan : keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu.

Untuk mengetahui punca, kesan dan cara mengatasinya, saudara perlulah membuat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan di tempat saudara tentang isu ini.   

Lain-lain10.11.2009

Kembali ke atas