Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan ber­macam-macam ~ menjalankan ber­macam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejeng­kal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyeli­diki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuat­­nya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk me­laku­kan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memper­daya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apa­kah yg diliputi dan yg ~? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kekuatan otak utk menimbangkan atau utk memikirkan sesuatu; daya berfikir: Orang yg kurang ~ saja yg sanggup melakukan perkara yg tidak senonoh. 2 daya upaya atau cara utk melakukan sesuatu; ikhtiar: Dicarinya ~ bagaimana hendak melepaskan dirinya drpd bahaya itu. 3 tipu daya; helah; muslihat. ~ budi fikiran yg sihat. ~ bulus (kancil) tipu daya yg licin. ~ geladak tipu daya utk tujuan buruk. berakal mempunyai akal; cerdik; pintar. mengakali 1 mencari jalan atau ikhtiar utk melakukan sesuatu: Dia ~ usaha-usaha utk berdikari. 2 menipu atau memperdaya: Dia tidak berjaya ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akal

Puisi
 

Tarik akar si ragi akar,
     Akar menyangkut bawah titian;
Carilah akal fikir-fikir,
     Jangan menyesal di kemudian.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Akal sebagai makan nasi lecek.

Bermaksud :

Fikiran seperti anak-anak.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
common sensen akal, (akal) budi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
astutenessn (of person ) kepintaran, panjang akal, tajam akal; (of action) kebijakan: his ~ as a politician is undeniable, kepintarannya sbg seorang ahli politik tdk dapat disangkal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
astuteadj (of person) pintar, panjang akal, tajam akal; (of action) bijak: an ~ businessman, seorang peniaga yg pintar; an ~ move, suatu langkah yg bijak; ~ management of the business led to higher profits, pengurusan perniagaan yg bijak menghasilkan keuntungan yg lebih tinggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illogicaladj tdk /logik, munasabah, masuk akal, (dapat) diterima akal/; (of feeling) tanpa sebab: his arguments are quite ~, hujah-hujahnya tdk begitu munasabah; an ~ conclusion, kesimpulan yg tdk munasabah; he is a most ~ fellow, ideanya tdk masuk akal langsung; he felt an ~ resentment towards his assistant, tanpa sebab dia benci akan pembantunya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illogicality, illogicalnessn tdk /logik, munasabah, masuk akal, (dapat) diterima akal/, ketidaklogikan, ketidakmunasabahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
-wittedcomb. form, akal: a slow-~ sort of chap, orang yg lembap akal; sharp-~, tajam akal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
madakal: she went almost ~ with grief when her son died, dia hampir hilang akal krn terlalu sedih apabila anaknya meninggal dunia; 8. (of animal) a. ferocious, turun minyak: the ~ elephant destroyed the banana plantation, gKamus Inggeris-Melayu Dewan
resourcefuladj pintar (akal): a ~ man, orang yg pintar akal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
savvyn (sl) akal: the boy is sadly lacking in ~, budak itu langsung tak ada akal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
witlose o’s ~s, hilang akal: he lost his ~s through fear, dia hilang akal akibat ketakutan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas