Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA KELIRU PENGGUNAAN AKAN 1. LAMPU ITU SAYA AKAN TUTUP SEBENTAR LAGI ATAU 2. LAMPU ITU AKAN SAYA TUTUP SEBENTAR LAGI. DAN BOLEH PIHAK TUAN JELASKAN.Kata 'akan' sebagai kata bantu (aspek) hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.
Oleh itu, ayat yang betul ialah Lampu itu akan saya tutup sebentar lagi.
Tatabahasa31.03.2013
1) Akan kami buat 2) kami akan buat tolong beri penjelasan yang manakah yang betul..dan cara penggunaan yang tepat...Ayat pasif yang betul ialah ...akan kami buat. Kami akan membuat... (bukan kami akan buat) ialah bentuk ayat aktif.Tatabahasa10.01.2014
Assalamualaikum. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung format penulisan minit mesyuarat terkini. i. Benarkah agenda Perutusan Pengerusi tidak dinomborkan. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda (contoh: 1.1, 1.2, 2.1.2.2, dan seterusnya) atau secara kronologi (contoh: 1, 2, 3, dan seterusnya) iii. Mana yang betul : Mengesahkan minit mesyuarat atau Pengesahan minit mesyuarat. iv. Dalam mesyuarat jabatan, bolehkah ketua jabatan selaku pengerusi mesyuarat juga dilantik sebagai urus setia mesyuarat berkenaan. Harap mendapat perhatian daripada pihak tuan. Terima kasih.

i. Agenda perutusan/kata alu-aluan pengerusi diletakkan nombor.

ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda. Contohnya:

 1. Kata Alu-aluan Pengerusi 

 1.1......................

 1.2........................ 

2. Laporan Perkara Berbangkit

2.1..............................

2.2................................

 

iii. Pengesahan Minit Mesyuarat/Mengesahkan Minit Mesyuarat, kedua-duanya boleh diterima pakai bergantung pada pola penggunaan ayat dalam minit mesyuarat tersebut.

 Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Bahasa Laporan, oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP.  

iv. Pada lazimnya, ketua jabatan yang dilantik sebagai pengerusi mesyuarat akan bertindak selaku pengerusi mesyuarat sahaja. Contohnya, Pengarah Jabatan Bahasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan peristilahan, urus setia mesyuarat ialah Bahagian Peristilahan.  

Tatabahasa22.02.2010
BEZA ANTARA PENGGUNAAN MAHU DAN HENDAK.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mahu bermaksud  1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? Hendak ditakrifkan sebagai 1.= ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yang sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu. 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang. Istilah22.07.2010
Pertanyaan 1 1) Pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun itu supaya kemas. a) ditebang b) dicantas c) ditetak d) dipangkas Pertanyaan: adakah soalan di atas mempunyai lebih daripada satu jawapan berdasarkan kepada konteks soalan? mohon pencerahan. Isikan tempat kosong dalam petikan dengan perkataan sesuai. "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang __________ negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pertanyaan: adakah sendi nama "kepada" jawapan yg betul dan adakah "terhadap" mempunyai makna yang sama dalam konteks ini. Bolehkah kedua-dua jawapan (kepada/terhadap) diterima?1) Pokok bunga itu dicantas/dipangkas oleh tukang kebun itu supaya kemas. Cantas dan pangkas bermaksud dipotong hujungnya supaya cantik.

2) "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang akan negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pernyataan bersifat emotif dan didahului oleh kata adjektif, lazimnya menggunakan kata sendi nama akan. Walau bagaimanapun, boleh juga menggunakan kata sendi nama kepada atau terhadap dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa18.06.2015
Salam Sejahtera, saya ingin dapatkan ejaan jawi untuk : 1) AKAN DIBUKA 2) PROMOSI Terima kasihEjaan Jawi bagi perkataan Akan Dibuka ialah  اکن دبوک dan ejaan Jawi untuk Promosi ialah ڤروموسي

Lain-lain10.12.2021
Salam sejahtera Tuan/ Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan men kan atau me ... an - boleh diikuti dgn kata ' akan ' ? Contohnya : 1. Dia rindukan akan ibunya. (Sepatutnya kata adjektif emosi tidak boleh diletakkan " kan " pada penghujungnya - Dia rindu akan ibunya.) 2. Bagaimana pula dengan ayat : Dia amat merindukan akan ibunya ? (kata adjektif emosi sudah bertukar menjadi kata kerja transitif ' merindukan ' ). Bagaimanakah caranya untuk membetulkan ayat tersebut ? a. Dia amat rindu akan ibunya ? b. Dia amat merindui akan ibunya ? c. Dia amat merindui ibunya ? *** d. Dia amat merindukan ibunya ? e. Dia amat merindu akan ibunya ? atau ada jawapan lain yang lebih tepat ? *** 'men ... an ' perlu diikuti dengan objek tidak hidup, betul ? Cthnya : ... menghadiahkan sepucuk surat kepada ibunya. ... merindukan masakan ibunya. manakala ' men ... i ' perlu diikuti dgn objek hidup : ... merindui ibunya ... menasihati pelajarnya Terima kasih & maaf kerana mengganggu. ChoyHH ( choy862003@yahoo.com)

1. Ayat yang betul ialah Dia rindu akan ibunya.

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 194, di bawah subtajuk (c) Jenis Kata Kerja yang terbentuk (dengan Apitan meN-...-kan), binaan ayat yang menerima kata kerja berapitan meN-...-kan adalah: subjek + kata kerja (meN-...-kan) + objek. Sama juga binaan ayat untuk kata kerja berapitan meN-...-i. Oleh itu, binaan ayat, Dia amat merindukan akan ibunya adalah salah. Ayat yang betul ialah: a. Dia amat rindu akan ibunya.  b. Dia amat merindui ibunya  dan c. Dia amat merindukan ibunya. Perkataan merindukan dan merindui bermaksud rindu akan dan boleh diikuti dengan objek bernyawa. Kesimpulannya, tidak semua aspek tatabahasa bahasa Melayu dapat dipastikan betul atau salah melalui rumus.

Tatabahasa14.02.2011
Safuwan Fauzi ada kata baru,, Billion = Risa dan Dekna=1 Trillion, 1 risa=1 billion 1 dekna 1 trilion.agak2 kata baru ini boleh jadi "offical" rasmi tak bahasa Melayu baru?Sekiranya perkataan baru ini banyak dan kerap digunakan, kemudian terakam dalam korpus, tidak mustahil ia akan menjadi perkataan rasmi bahasa Melayu. Bahasa kita hidup dan sentiasa berkembang.Istilah12.06.2015
Salam sejahtera Tuan; 1. Bilakah buku teks baharu Bahasa Melayu Tahun 1 akan dipasarkan? 2. Dari manakah saya dapat memperoleh maklumat yang terkini tentang pembelajaran terbaharu tahun 1 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu? 3. Bolehkah saya dapatkan isi kandungan terkini bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1? Sekian, terima kasih! Bantuan daripada pihak amat dihargai!
  1. Buku teks  baharu Bahasa Melayu  sedang dalam proses penerbitan, dan dijangka akan di pasarkan sebelum sesi persekolahan tahun 2011.
  2. Kurikulum yang berkaitan dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  3. Perkara ini di luar bidang tugas pihak kami. Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Lain-lain24.06.2010
Tuan, 1. Saya keliru dengan penggunaan 'akan'.Selain digunakan sebagai kata sendi, 'akan' juga membawa menyatakan sesuatu kemungkinan. Bagi kata kerja yang menerima aptan meN..kan , adakah penggunaan 'akan' sebelum kata kerja tersebut dianggap lewah. Contoh: a. Kerajaan akan melaksanakan program ATAU Kerajaan akan melaksana program b. Kerajaan akan memperkenalkan ATAU Kerajaan akan memperkenal 2. yang mana satu betul: a. di sepanjang tempoh lima dekad yang lalu ATAU b. dalam tempoh lima dekad yang lalu Penjelasan tuan amat dihargai. Terima kasih.Jawapan yang tepat bagi ketiga-tiga soalan tersebut ialah:
a. Kerajaan akan melaksanakan program...
b. Kerajaan akan memperkenalkan... 
b. dalam tempoh lima dekad yang lalu,...
Tatabahasa26.03.2015
12345678910...

Kembali ke atas