Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
akan1 kata bantu utk menyatakan bahawa sesuatu pasti (mungkin) terjadi atau dibuat kelak: Saya ~ ke Kuala Lumpur petang ini. 2 terhadap; kepada: Sejak berkenalan dan berbaik-baik dgn gadis itu, dia telah lupa ~ anak isterinya. seakan-akan 1 = akan-akan hampir sama dgn (ttg rupa paras): Mukanya ~ muka arwah ayahnya. 2 seolah-olah; seperti: Dia mencebikkan bibirnya ~ hendak menangis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tetapi= akan ~ 1. kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik; 2. (sungguhpun ...) namun: walaupun tua ~ ia masih kuat berjalan lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
seakan-akan1 = akan-akan hampir sama dgn (ttg rupa paras): Mukanya ~ muka arwah ayahnya. 2 seolah-olah; seperti: Dia mencebikkan bibirnya ~ hendak menangis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lupa1 kurang ingat; lalai: Dia ~ akan anak isterinya apabila berjudi. 2 tidak ingat; tidak sedar: Dia sudah ~ kpd semua rakannya. ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya; pengsan. ~ daratan berbuat sesuatu sehingga melampaui batas. melupakan 1 menghapuskan drpd ingatan: Ia mencuba ~ peristiwa yg buruk itu. 2 tidak ingat akan; lupa akan: Saya tidak akan ~ jasa-jasanya. 3 mengabaikan; melalaikan: Janganlah kamu ~ perintah Allah. 4 menyebabkan jadi lupa: Kesibukannya berpersatuan telah ~ dia terhadap tanggungjawabnya sbg isteri. terlupa tidak teringat; lupa (akan): Saya ~ akan nombor rumahnya. kelupaan 1 keadaan atau hal lupa. 2 ada yg dilupakan; terlupa. pelupa orang yg selalu atau mudah lupa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengetahui1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2. tahu setelah melihat tanda-tanda atau bukti­nya, mengenali: tidak sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati, menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; 4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui se­penuh­nya oleh masyarakat bahasa Indonesia;Kamus Dewan Edisi Keempat
sedar1 tahu akan keadaan yg se­benarnya; tahu dan ingat; insaf: Dia ~ akan kekurangan dirinya. tidak ~ diri tidak ingat akan diri; tidak tahu di untung. 2 terjaga drpd tidur; ingat kembali drpd pengsan: Dia baru ~ drpd tidurnya. menyedari mengetahui dan memahami sesuatu; berasa insaf akan: Baru sekarang mereka ~ bahawa mereka tersesat. menyedarkan membuat men­jadi sedar; mengingatkan: ~ orang drpd pengsan. kesedaran perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan keadaan politik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menumangkan1. tidak mahu menerima, menampik, menolak; 2. berasa takut akan, gentar akan: apalah ditumangkan akan hal yg seke­cil itu; 3. berasa bimbang atau khuatir: per­kara biasa takkan kita ~kan; 4. sl membiarkan (tinggal), meninggalkan: jangan hamba seorang ditumangkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
takut= ~ akan (pd) 1. gentar (gerun, ngeri) meng­hadapi sesuatu yg dianggap boleh mem­bahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sang­gup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat ter­peluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; di­genggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepalaKamus Dewan Edisi Keempat
faham1 tahu benar (akan sesuatu): Rahman tidak ~ akan ajaran gurunya itu. 2 = fahaman fikiran atau anggapan mengenai sesuatu; pendapat. berfahaman 1 mempunyai fahaman (pendapat dsb): Walaupun negara telah maju, mereka masih ~ kolot. 2 mempunyai akal budi; berfikiran dan bijaksana: Pak Ali sangat ~ orangnya, oleh sebab itu beliau disegani oleh masyarakat kampung. memahami 1 tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2 pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. memahamkan 1 mempelajari atau meneliti sungguh-sungguh supaya faham: Utk ~ puisi itu, ia terpaksa membacanya beberapa kali. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt difahami: Demikianlah kita difahamkan. 3 mengertikan: Ayat itu disusun dgn baik supaya tidak salah ~nya. kefahaman 1 hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2 sesuatu yg difahamkan: ujian ~. pemahaman hal memahami atau memahamkan. sefahaman sama fahamannya; sependapat: Mereka sehaluan dan ~. bersefahaman bersetuju antara satu dgn yg lain; mempunyai fahaman yg sama: Mereka ~ dan hidup dlm aman dan damai. persefahaman hal bersefahaman; persetujuan: Dgn cara berunding, ~ dpt dicapai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tagih I; menagih berasa ingin atau gemar benar akan sesuatu; suka akan sesuatu kerana kebiasaan: ~ kopi. ke­tagih 1 rasa ingin benar akan sesuatu: Dia minum kopi sepuas-puasnya utk menghilangkan ~nya. 2 ingin atau suka benar akan sesuatu: Jika belum merokok, tak usahlah mencuba-cuba, nanti ~. ketagihan 1 dlm keadaan ketagih; menderita ketagih: Dia ~ dadah. 2 keadaan atau rasa ketagih akan sesuatu: Terlalu sukar utk mengatasi ~nya itu. penagihan perbuatan atau hal menagih. penagih orang yg menagih: ~ dadah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas