Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adrenergic drugubat adrenergikPerubatanTiadaUbat yang bertindak pada reseptor adrenergik. Kesan ubat ini bergantung kepada jenis reseptor yang dirangsang dan selektiviti ubat terhadap reseptor tersebut. Rangsangan reseptor adrenergik beta 1 akan meningkatkan aktiviti jantung, manakala rangsangan reseptor adrenergik beta 2 menyebabkan bronkodilatasi. Antara kegunaan ubat adrenergik ialah meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah dalam resusitasi. Ia juga digunakan dalam rawatan penyakit asma akut.
preferential votingpengundian keutamaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang memerlukan satu wakil dari satu kawasan tetapi memberi peluang kepada pemilih menyenarai calon yang disukai menurut keutamaan pengundi berdasarkan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Calon pertama yang mendapat undi tertinggi melepasi 50%+1 undi akan dianggap pemenang dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti sedemikian maka calon yang mendapat undi yang tercorot akan terkeluar daripada pemilihan dan kertas undi beliau akan disemak dan seterusnya calon yang menjadi pilihan kedua dari kertas ini akan mendapat undi tersebut. Daripada pengumpulan undi ini, calon yang melepasi majoriti seperti di atas yang akan menang. Proses tersebut akan berulang sehingga pemenang diperoleh. Sebagai contoh, Australia mengamalkan sistem pengundian keutamaan ini dalam pilihan raya mereka.
hypertext transfer protocol (HTTP)protokol perpindahan hiperteks (HTTP)Teknologi MaklumatPerisianProtokol komunikasi yang digunakan untuk mencapai dokumen hiperteks dalam persekitaran web. Pembangunan HTTP telah diselaraskan oleh Konsortium WWW dan pasukan bertugas Kejuruteraan Internet (IETF), yang menghasilkan RFC2616 bagi mentakrifkan protokol versi pertama, iaitu HTTP/1.1 pada tahun 1999. Protokol ini merupakan piawai minta/tindak balas antara pelayan dengan pelanggan. Pelanggan merupakan pengguna akhir, manakala pelayan ialah tapak web. Oleh itu, pelanggan akan membuat permintaan HTTP menggunakan pelayar web atau alat yang berkaitan, manakala pelayan akan menyimpan sumber seperti fail HTML dan imej. Apabila pelanggan HTTP memulakan permintaan, kebiasaannya protokol ini akan mewujudkan hubungan protokol kawal perpindahan (TCP) kepada port tertentu pada hos untuk meneruskan proses permintaan pelanggan.
cut-outpemutusTeknikElektrik1. Peranti yang akan memutuskan litar untuk menghalang pengaliran arus lebihan melalui radas atau peralatan secara automatik atau insani. Misalnya, fius dan pemutus litar. 2. Suis automatik yang akan dipasang ke litar penjana arus terus diberikan kepadanya.
labial reductionpengurangan labialPergigianTiadaTeknik memangkas permukaan labial gigi anterior untuk penyediaan restorasi ekstrakorona. Pengurangan bahagian ini dilakukan dengan menggunakan bur intan silinder. Pengurangan ini biasanya dilakukan sebanyak 1.0-1.5 mm bergantung kepada restorasi yang akan dibuat. Penyediaan korona jaket porselin memerlukan pengurangan sebanyak 1.0 mm manakala korona terikat porselin sebanyak 1.5 mm.
Newton�s laws of motionhukum gerakan NewtonFizikMekanikHukum yang menyatakan bahawa: 1. Jasad akan sentiasa dalam kedudukan rehat ataupun dalam gerakan malar, melainkan ada daya luar yang bertindak ke atasnya. 2. Perubahan momentum linear bagi suatu jasad berkadaran dengan daya yang bertindak ke atasnya. 3. Satu tindakan daya mempunyai tindak balas daya yang sama terhadapnya.
trenchpetakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSatu kawasan empat persegi yang dibuat untuk mendapatkan maklumat dan data arkeologi. Besar dan luas petak adalah pelbagai saiz seperti 2 meter x 2 meter, 2 meter x 1 meter, 1 meter x 1 meter dan 3 meter x 2 meter. Petak akan digali selepas semua persiapan telah dibuat seperti membuat pancang, mengikat tali dan mengambil gambar. Kedalaman penggalian petak bergantung pada tujuan, penemuan tanah asal atau batu dasar.
pound-forcepaun-dayaKejuruteraanKejuruteraan KimiaUnit pengukuran daya yang ditakrifkan sebagai daya yang akan memecut 1 paun-jisim pada pecutan 32.174 kaki2/saat. Satu paun-daya bersamaan dengan 4.4482216 N.
grid layoutsusun atur gridArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSusunan petak pada tapak ekskavasi pada jarak tertentu, biasanya 1 meter x 1 meter bagi memudahkan catatan jumpaan artifak semasa ekskavasi untuk tujuan analisis artifak dan sebagainya. Seluruh kawasan yang akan diekskavasi diukur dan diberikan penandaan grid. Tali akan ditarik secara menegak dan mendatar untuk menghubungkan grid sehingga membentuk petak yang lebih kecil yang dikenali sebagai petak grid. Petak grid akan diberi rujukan mengikut nombor dan/atau abjad yang diberi pada gari menegak dan mendatar. Titik silang antara dua tali dikenali titik jumpaan grid.
equivalent weightberat setaraFarmasiTiada1. Berat asid atau bes yang akan menghasilkan atau bertindak balas dengan 1.008 gram ion hidrogen. 2. Berat agen pengoksidaan atau penurunan yang akan menghasilkan atau menerima satu elektron dalam tindak balas kimia.
12345678910...

Kembali ke atas