Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan-akan

Puisi
 

Tempurung bermata tiga,
     Ayam di bawah rumah kandang-kandangan;
Akan terturun akan tiada,
     Lekat di rumah berpandangan.


Lihat selanjutnya...(74)
Peribahasa

Condong yang akan menongkat,
     rebah yang akan menegakkan.

Bermaksud :

Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu.

 

Lihat selanjutnya...(381)


Pantun

PantunSumberTema
Akan kupasang bukannya tongkang, Akan kupais bukannya lobak; Akan terbang bukannya burung, Akan menangis bukannya budak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Akan makan nasi berkuah, Gawai emas bergiring-giring; Kalau ada untung bertuah, Karam di laut dampar ke Siring.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Akan beratap daun keladi, Membuat junjung di tepi paya; Tunang si anu tidak menjadi, Bolehkah saya ikut bersama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ulat mati dipukul, Anak tapah selam -menyelam; Yang benar akan timbul, Yang salah akan tenggelam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dibuang akan ke tengah laut, Dipungut oleh raja Maiskol; Halus pinggangnya bagai diraut, Rambutnya panjang hujung bersimpul.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beratlah badan akan ke ladang, Kerana takut ditimpa kayu; Kuingat tuan pagi dan petang, Fikiran kusut tiada menentu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Berkait-kait akan beluruh, Berkelok-kelok akar rotan; Berpahit-pahit kita dahulu, Barulah elok di kemudian.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Betung mana akan terbuang, Betung condong ke masjid; Jong mana tuan menumpang, Jong tuan Baginda Katib.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910...

Kembali ke atas