Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kaun.ta.bi.li.ti] | اکاءونتابيليتي

Definisi : sifat bertanggungjawab kpd seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dsb serta bersedia memberikan pen­­jelasan, justifikasi dsb yg diperlukan: mereka yg mempunyai kepakaran perlu di­beri kebebasan mengkritik keputusan mah­kamah utk memastikan ~ institusi ke­hakim­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kaun.ta.bi.li.ti] | اکاءونتابيليتي

Definisi : sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu (keputusan, tindakan dsb) serta bersedia memberikan penjelasan atau kewajaran yg diperlukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akauntabiliti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Saya nak tahu erti perkataan Akauntabiliti 2) Penerangan tentang Akauntabiliti kepada seseorang guru1. Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi dan sebagainya yang diperlukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 24.  2.  Berdasarkan makna di atas, maka akauntabiliti kepada sesorang guru bermaksud tanggungjawab kepada guru tersebut .Makna03.04.2009
maksud STAKEHOLDERS dalam bahasa Melayu dan penggunaan akauntabiliti.Terjemahannya ialah pihak berkepentingan. Akauntabiliti bermaksud kebertanggungjawaban.Istilah22.10.2007
apakah yang dimaksudkan dengan intergriti dan akauntabiliti?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, integriti ialah kejujuran. Akauntabiliti pula ialah sifat bertanggungjawab kpd seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dsb serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi dsb yg diperlukan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan.Makna05.08.2008
Adakah istilah Inggeris "accountability" sesuai diterjemahkan kepada "kebolehpercayaan" ataupun ia diterjemahkan sebagai akauntabiliti? Mohon nasihat Tuan. Terima kasih.

Dalam pangkalan data kami, Accountability diterjemahkan kepada dua iaitu pertama kebertanggungjawapan yang terdapat dalam beberapa bidang istilah. Kedua, Akauntabiliti lebih merujuk kepada istilah sains politik sahaja. Oleh itu, terjemahan kebertanggungjawapan lebih sesuai digunakan mengikut kesesuaian bidang.

Istilah07.08.2017
1.etika kerja 2.profesionalisme 3.akauntabiliti 4.peraturan 5. tonggak dua belas.Tiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula dan jelaskan pertanyaan saudara.Lain-lain26.11.2011

Kembali ke atas