Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kaun.ta.bi.li.ti] | اکاءونتابيليتي

Definisi : sifat bertanggungjawab kpd seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dsb serta bersedia memberikan pen­­jelasan, justifikasi dsb yg diperlukan: mereka yg mempunyai kepakaran perlu di­beri kebebasan mengkritik keputusan mah­kamah utk memastikan ~ institusi ke­hakim­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kaun.ta.bi.li.ti] | اکاءونتابيليتي

Definisi : sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu (keputusan, tindakan dsb) serta bersedia memberikan penjelasan atau kewajaran yg diperlukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akauntabiliti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public accountabilityakauntabiliti awamPentadbiranPentadbiran Awam

Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

organisational valuenilai organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Sifat ketinggian yang menjadi panduan atau sempadan dalam perlakuan dan tindakan sesebuah organisasi. Nilai organisasi merangkumi kecekapan, ketelusan, akauntabiliti, komunikasi yang baik, kelancaran dan kejujuran. Nilai organisasi biasanya selari dengan matlamat serta misi organisasi yang secara tidak langsung menggambarkan kerangka kepimpinan organisasi tersebut. Nilai organisasi menentukan perlakuan yang diterima dan menjadi budaya kerja. Tanpa nilai ini, individu boleh bertindak secara bertentangan dan seterusnya memberi imej yang negatif.

hierarchy of controlhierarki kawalanPentadbiranPentadbiran Awam

Hierarki sah tanggungjawab seseorang kakitangan terhadap tugas yang perlu dilaksanakan. Kebertanggungjawaban tersebut mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan, undang-undang yang berkuatkuasa, tatacara, dan arahan bagi memastikan matlamat dapat dicapai. Kebertanggungjawaban ini memberikan kuasa sah kepada seseorang pentadbir. Contoh akauntabiliti pentadbiran ialah kawalan, imbangan kuasa dan pengkhususan kerja dalam sistem pentadbiran.

public officerpegawai awamPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab tertentu bagi memenuhi kepentingan masyarakat. Pegawai awam yang dilantik perlu mempunyai kelayakan tertentu dari segi taraf pendidikan dan pengalaman kerja yang bersesuaian dengan jawatan yang dipegang. Pegawai awam terikat dengan etika kerja, nilai-nilai murni dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam untuk menjamin kesetiaan kepada organisasi, akauntabiliti dan ketelusan bagi meningkatkan kecemerlangan citra perkhidmatan awam. Sinonim penjawat awam

modern statenegara modenPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintah yang sudah mencapai tahap kemajuan yang tinggi, mengamalkan pembahagian kerja dan sistem hierarki yang tersusun serta birokrasi yang cekap. Pemerintah atau negara ini sudah beranjak dari tahap tradisional kepada tahap yang moden berteraskan sains dan teknologi. Bidang kuasanya dibahagikan kepada tiga badan utama, iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman. Pentadbiran dalam pemerintahan menekankan kecekapan, motivasi dan mempunyai matlamat atau sasaran yang sudah ditetapkan. Perincian tugas pelbagai bahagian dalam birokrasi ini dibuat secara sistematik bagi mengelak pertindanan tugas. Nilai urus tadbir yang baik, akauntabiliti dan transparensi ditekankan dalam pemerintahan moden bagi mengelakkan nilai negatif seperti korupsi, penyalahgunaan dan pengumpulan kuasa.

clients charterpiagam pelangganPentadbiranPentadbiran Awam

Penyataan komitmen secara bertulis atau satu jaminan yang diberikan oleh sesebuah jabatan atau organisasi terhadap produk atau perkhidmatan untuk pelanggannya mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Piagam pelanggan biasanya menyatakan kesediaan perkhidmatan yang ditawarkan, layanan mesra yang diberikan, kecekapan pemprosesan yang dilaksanakan dan nilai-nilai kesopanan di dalam budaya kerja. Piagam ini perlu dipamerkan di tempat yang strategik di pejabat dan disebarkan untuk pengetahuan umum. Piagam Pelanggan harus mempunyai ciri-ciri yang jelas, khusus atau spesifik, kebolehpercayaan, senang disebar, praktikal dan boleh ditambah baik. Piagam Pelanggan ini terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA Bil. 3 Tahun 1993). Antara faedah utama piagam pelanggan ialah untuk melahirkan kakitangan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia meningkatkan akauntabiliti serta memberi petunjuk prestasi spesifik dalam membuat sesuatu penilaian.


Kembali ke atas