Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[akh.bar] | اخبار

Definisi : 1. Ar (jamak bagi khabar) berita, warta; 2. surat khabar, harian; ~ tempatan surat kha­bar yg diterbitkan di dlm negeri atau wilayah tempat ia diedarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[akh.bar] | اخبار

Definisi : 1 surat khabar. 2 khabar; berita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhbar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah faktor kesalahan tatabahasa dalam akhbar-akhbar tempatan dan apakah cadangan untuk mengatasinya?Kebanyakan kesalahan tatabahasa berlaku dalam akhbar-akhbar tempatan kerana kebanyakan penulis kurang memahami fungsi atau kegunaan kata yang digunakan. Namun demikian, bagi membantu, Buku Tatabahasa Dewan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk menghasilkan tulisan yang baik. Selain itu, bagi mengurangkan kesalahan ini, kesedaran pada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul perlulah ada demi mewujudkan rasa cinta pada bahasa kebangsaan ini.Lain-lain31.07.2007
memerlukan bahan rujukan untuk tajuk akhbar-akhbar dan majalah agama sebelum perang dunia ke-2

TErima kasih atas soalan saudara.

Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur untuk mendapatkan yang berkaitan untuk rujukan saudara seperti dibawah :

1. Buku Cenderamata Pameran Percetakan Awal Dalam Bahasa Melayu

2. Katalog Percetakaan Awal Persuratan Melayu

3.

 Penerbitan & Percetakan Buku Melayu 1807-1960Md. Sidin Ahmad IshakDewan Bahasa dan Pustaka1998

Lain-lain13.07.2008
Salam. Saya Nuraishah Affandi dari Serdang, Selangor. Sekitar tahun 2005 dalam akhbar-akhbar tempatan, ada disiarkan berita mengenai kejayaan seorang lelaki bernama Lee Guan Hooi (http://www.mail-archive.com/it-kelantan@yahoogroups.com/msg01517.html) yang mencipta kaedah menguasai Jawi dengan mudah. Semenjak berita itu disiarkan, saya tertunggu-tunggu buku beliau sehingga kini. Jenuh menunggu, saya mula mencari. Pencarian saya menemui bahawa beliau sukar mencari penerbit untuk menerbitkan bukunya (http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=15197), dan berita mengenai beliau terhenti di situ. Tiada dapat saya cari berita sama ada beliau berjaya menerbitkan bukunya atau tidak. Persoalan saya, seandainya beliau masih belum berjaya menerbitkan bukunya, mungkinkah bagi pihak Tuan untuk mempertimbangkan penerbitan buku beliau? Saya tiada perkaitan dengan beliau. Tujuan saya ialah saya ingin mempelajari Jawi kerana saya tidak reti menulis, dan membaca kadangkala masih perlu mengeja. Sekian, terima kasih.

Waalaikum salam..

Puan boleh menghubungi saya untuk perbincangan lanjut melalui emel noriyani@dbp.gov.my

Terima kasih

Lain-lain11.12.2010
pertanyaan jawatan kosongKekosongan jawatan diiklankan dari semasa-semasa oleh DBP dalam akhbar-akhbar tempatan dan juga laman web DBP. Mohon disemak.Lain-lain24.11.2007
Adakah perbezaan antara perkataan “kecil” dan “cilik” ? Bolehkah tuan/puan menjelaskan? Adakah ayat yang saya menulis ini di bawah betul? Terima kasih. 1) Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 2) Kita perlu mencilikkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 3)Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat diperkecil. 4) Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat dipercilik. 5) Api pelita akan mengecil apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 6) Api pelita akan mencilik apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 7) Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan. 8) Abu semakin terasa kecilikan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan.

Perkataan “cilik” dan “kecil” membawa maksud yang sama, iaitu masih rendah umurnya atau masih kanak-kanak. Walau bagaimanapun, perkataan “cilik” dan “kecil” perlu digunakan mengikut kesesuaian ayat dan konteks penggunaan.

 

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan.

2. Peranan kerajaan dan akhbar tidak dapat diperkecil.

3. Api pelita akan mengecil apabila sumbu dimasukkan sedikit ke dalam pelita.

4. Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan.

 

Contoh lain penggunaan perkataan “cilik” dan “kecil” dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Aktres cilik yang baru berusia 16 tahun ini menjadi rebutan kerana bakat semula jadinya itu.

2. Rumah kecil itu milik saya.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 436 dan 997 dan laman web https://prpm.dbp.gov.my/

Tatabahasa19.01.2024
Kedua-dua buah akhbar atau kedua-dua naskhah akhbar atau kedua-dua akhbar? Rasionalnya? Terima kasih.Frasa yang gramatis ialah kedua-dua naskhah akhbar. Penjodoh bilangan bagi akhbar ialah naskhah.Tatabahasa28.04.2014
Salam hormat dan salam sejahtera. Sejak akhir ini saya dapati perkataan "BAHARU" telah digunapakai secara rasmi di dalam bentuk tulisan rasmi dan juga rencana di dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah. Apakah perbezaannya dengan perkataan "BARU" dengan perkataan "BAHARU"?. 2. Kenapa setiap tahun bahasa melayu berubah dari masa ke semasa? sehingga tidak ada satu bahasa yang standard ( baku )?. 3. Adakah bahasa melayu mengikut selera penterjemahan, dengan itu wujudnya edisi ke edisi. Sekian, terima kasih. Ariff Badishah Arifin Shah Alam.Kata "baharu" ialah kata adjektif manaka kata "baru" merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata "baharu" dalam bahasa Melayu dapat dipadankan dengan kata "new" dalam bahasa Inggeris.  Manaka kata baru  dapat dipadankan dengan kata "just" dalam bahasa Inggeris.

Bahasa Melayu sebagai bahasa moden sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Selagi bahasa Melayu itu hidup dan berkembang sedikit sebanyak akan mengalami perubahan sama juga seperti bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa moden yang lain.

 

Lain-lain03.01.2011
Manakah yang lebih tepat ? "pada sidang akhbar" atau "semasa sidang akhbar" ? Ayat: 1) kata Thomas-Greenfield semasa sidang akhbar 2)kata Thomas-Greenfield pada sidang akhbarFrasa yang betul ialah  "semasa sidang akhbar".  Tatabahasa10.06.2022
Kenapa ada akhbar harian berbahasa Melayu masih menggunakan perkataan yang dieja salah seperti atlit (sepatutnya atlet ), bowling ( boling), stokin ( stoking ) dan lain-lain ? Para wartawan juga kerap menggunakan perkataan 'dan' pada awal ayat. Apakah komen dan tindakan DBP dalam hal ini?Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemantauan terhadap penerbitan akhbar-akhbar dan majalah-majalah dan kami akui masih terdapat kesilapan baik dari segi ejaan ataupun tatabahasa dalam artikel sesetengah penerbitan. DBP telah mengeluarkan surat teguran kepada pihak penerbitan yang berkenaan.Lain-lain29.11.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya nak tanya, kalau saya ada cipta karya puisi dan nak karya saya disiarkan, adakah saya mesti hantar karya saya kepada DBP?

Waalaikumusalam wbk. Sdr. boleh menghantar karya puisi tersebut ke pelbagai penerbitan terutama di akhbar-akhbar mingguan tempatan atau di majalah terbitan DBP. Kiriman puisi ke majalah terbitan DBP bolehlah dialamatkan kepada: Editor, Majalah Dewan Pelajar/Majalah Dewan Siswa/Majalah Dewan Sastera/Majalah Pelita Bahasa (pilih mana yang berkenaan), Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Sekian, selamat berkarya dan selamat berjaya!

 

 

Lain-lain18.12.2008
12345678910...

Kembali ke atas