Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhbar 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELITA MALAYA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELITA MALAYA,  akhbar harian.  Akhbar ini diterbitkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menggantikan akhbar Suara Rakyat yang diterbitkan di Ipoh, Perak sebelum itu.  Naskhah pertama akhbar ini diterbitkan pada 4 Mac 1946.  akhbar bertulisan Jawi ini mempunyai moto perjuangannya.  ‘Menuju kebenaran, perdamaian dan kemerdekaan bangsa’.  Akhbar ini mempunyai empat halaman dengan harga 10 sen senaskhah.  Penerbitnya beralamat 79, Jawa Street dan pencetaknya ialah Tai Chong Press, No. 6, Ampang Street, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
PEMIMPIN WARITA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMIMPIN WARITA, akhbar Melayu bertulisan Jawi yang diterbitkan di Pulau Pinang pada penghujung abad ke-19.  Akhbar yang dicetak secara cap batu (litograf) ini mula diterbitkan pada 4 November 1895.  Harga langganannya ialah $4.00 setahun.  Pada tahun 1897, harga akhbar ini diturunkan kepada $3.00 setahun.  Akhbar ini diterbitkan oleh Khor Teow Han, yang menerbitkannya melalui percetakan Kim Saik Hean, yang dimilikinya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
PENGASUH

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGASUH, akhbar bertulisan Jawi.  Ia diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat  Melayu Kelantan di Kota Baharu pada 11 Julai 1918.  Akhbar ini pada mulanya diterbitkan dua minggu sekali dan kemudiannya diterbitkan pada setiap hari Khamis dengan mempunyai lapan halaman.  Pengarangnya ialah Dato’ Haji Muhammad bin Haji Mohd. Said.

SASTERAPenerbitan
FAJAR SARAWAK

FAJAR SARAWAK, akhbar Melayu yang pertama di Sarawak. Akhbar dalam tulisan Jawi ini mula diterbitkan pada 1 Februari 1930. Penerbitan akhbar ini adalah atas daya usaha Haji Mohammad Daud bin Abdul Ghani, Mohammad Johari bin Anang, haji Abdul Rahman bin Haji Kassim dan Mohamad bin Anang. Mereka diketuai oleh Mohamad Rakawi Yusuf, seorang pesara. Untuk menerbitkan akhbar ini mereka menubuhkan Syarikat Putera Sarawak di Tingkat 2, 45 Jalan India, Kuching.

SASTERAPenerbitan
WARTA NEGARAWARTA NEGARA,1"> akhbar bertulisan Jawi selepas Perang Dunia Kedua. Akhbar ini diterbitkan di Pulau Pinang pada 3 September 1945 oleh A. Jelani dan dicetak oleh Warta Negara Press, Pulau Pinang.  Akhbar ini berukuran 55 cm x 39 cm dan mengandungi enam halaman, kadangkala lebih dan kadangkala empat halaman sahaja.SASTERAPenerbitan
PENERBIT SINAR HARAPAN

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBIT SINAR HARAPAN, penerbit akhbar dan buku di Indonesia.  Penerbit ini ditubuhkan pada bulan Februari 1979 di Jakarta, sebagai salah satu usaha PT Sinar Kasih.  Penerbit ini menerbitkan buku kanak-kanak, komik, sastera, sosiopolitik, hukum, falsafah, wanita, keluarga, ekonomi, ekologi, teknik dan politeknik.  Antara pengarang Indonesia yang pernah menjadi editor penerbit ini ialah Satyagraha Hoerip, Julius R. Siyaranamual; Jajak MD, Korrie Layun Rampan dan Sides Sudyarto DS.  Alamat terakhirnya ialah di Jalan Dewi Sartika No. 136-D, Jakarta 13630.  Direktur utamanya sejak tahun 1979 ialah Aristides Katoppo.

SASTERAPenerbitan
WARTA MALAYA

WARTA MALAYA, akhbar harian bertulisan Jawi sebelum Perang Dunia Kedua. Akhbar ini mula diterbitkan pada 1 Januari 1930.  Pada peringkat awal, akhbar ini diterbitkan oleh Anglo-Asiatic Press, di North Bridge Road, Singapura.   Mulai 1 Januari 1934, syarikat ini menukar namanya kepada Warta Malaya Press Limited dan pemiliknya masih tetap Syed Hussein Ali al-Sagoff, seorang hartawan berketurunan Arab.  Semasa pendudukan Jepun, penerbitan akhbar ini telah diambil alih oleh Jepun dan diterbitkan dalam tulisan Rumi.

SASTERAPenerbitan
IDARAN ZAMAN

IDARAN ZAMAN, akhbar mingguan tulisan Jawi yang diterbitkan pada tiap-tiap hari Jumaat. Akhbar ini mula diterbitkan pada 1 Januari 1925 di Pulau Pinang. Usaha untuk menerbitkannya dilakukan oleh Haji Abdul Aziz. Sidang pengarang pertama akhbar ini ialah Mohd. Yunos Abdul Hamid, dari 1 Januari 1925 hingga Ogos 1938.

SASTERAKarya
UTUSAN MALAYSIA

UTUSAN MALAYSIA, akhbar bertulisan Rumi yang diterbitkan oleh Syarikat Utusan Melayu Press sejak 1 Disember 1967.  Akhbar ini diterbitkan dengan tujuan untuk menyebar lebih luas maklumat dan berita kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

SASTERAPenerbitan
BERITA HARIAN

BERITA HARIAN,  akhbar harian berbahasa Melayu yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur.  Akhbar ini mula diterbitkan di Singapura oleh Straits Times pada hari Isnin 1 Jun 1957, tetapi sejak 24 Julai 1957 akhbar ini diterbitkan di Kuala Lumpur.  Pengarangnya yang pertama ialah A. Samad Ismail.  Akbhar ini pada mulanya mengandungi lapan halaman dan dipasarkan dengan harga 15 sen.

SASTERAKitab
12

Kembali ke atas