Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhbar 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mastheadinulangan-Tiada1. Judul akhbar atau majalah yang dicetak di bahagian atas muka hadapan. 2. Senarai karyawan penting yang terlibat dalam penerbitan majalah atau surat khabar.
press coverageliputan akhbarKomunikasiTiada1. Penyiaran laporan berita oleh media massa. 2. Kehadiran wartawan dalam sesuatu acara bagi mendapatkan berita. 3. Berita yang disiarkan.
extractcabutanKesusasteraanTiada1. Ungkapan, contoh, potongan karangan dan sebagainya yang dipilih dan disalin semula daripada buku, majalah, akhbar dan seumpamanya.
insertselitanKomunikasiKorporat1. Kertas maklumat pengiklanan atau pemberitahuan yang disisipkan bersama maklumat lain yang diedarkan kepada khalayak. Selitan boleh dimasukkan di halaman akhbar, majalah, atau di dalam selongsong. Tujuannya adalah untuk mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan, serta memperkenalkan sesebuah organisasi atau acara. 2 Maklumat pengiklanan, pengumuman khidmat awam, dan promosi rancangan yang disisipkan antara rancangan yang disiarkan di televisyen. Maklumat ini biasanya ringkas dan mempunyai daya tarikan segera untuk mendapatkan perhatian khalayak. Sinonim sisipan.
copysalinanKomunikasiTiada1. Naskhah atau surat yang telah disalin daripada bahan asal dan mempunyai persamaan dari segi isi dan bentuk hurufnya. 2. Teks, makalah, siaran akhbar, iklan, buku atau bahan penulisan lain yang digunakan untuk penerbitan biasanya sama seperti bentuk asal.
bannerkain rentang; tajuk rentangUndang-undangTiada1. Sekeping kain atau kertas, biasanya empat segi bujur besar yang mempunyai cogan kata atau corak yang dibawa dalam satu tunjuk perasaan atau perarakan.,2. Tajuk utama di muka hadapan akhbar.,3. Jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan.,4. Bendera yang mempunyai lambang sesuatu pasukan tentera, polis dan sebagainya.

Kembali ke atas