Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar (jamak bagi khuluk) budi pekerti, kelakuan, tabiat: anak itu sudah rosak ~nya; ilmu ~ pengetahuan bkn kelakuan (tingkah laku) manusia; pegawai ~ pegawai yg meng­awasi anak-anak yg telah melakukan kejahat­an tetapi tidak dipenjarakan; berakhlak mempunyai akhlak: kehidupan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kelakuan atau tingkah laku yg baik; budi pekerti; moral. 2 kelakuan; tabiat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhlak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan DBP. saya ingin bertanya soalan. 1. Apabila kita mengatakan tentang akhlak perlu didasarkan dengan agama, ini bukan bermakna kita mengajak kearah subjektiviti akhlak yang sempit. Ayat yang betul : Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu didasari oleh agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda/kalian ke arah subjektiviti akhlak yang sempit. Apakah kesalahan tatabahasa yang dilakukan dalam ayat ini? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu berlandaskan agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda ke arah subjektiviti akhlak yang sempit.  
Tatabahasa24.11.2020
apakah ayat yang betul bagi ayat perintah ini? 1-Ajarkanlah anakmu akhlak mulia. 2-Ajarilah anakmu akhlak mulia. 3-Ajarlah anakmu akhlak mulia.Ketiga-tiga ayat tersebut boleh digunakan.Tatabahasa26.02.2013
selamat pagi, Adakah ayat berikut betul? "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan sekali." Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah : "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan" ataupun "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap  membimbangkan sekali."   

Tatabahasa26.05.2010
Salam, saya sedang mencari terjemahan yang sesuai untuk istilah virtue ethics. Saya maklum bahawa virtue diterjemahkan sebagai sifat murni. Terima kasih.Cadangan terjemahan kami bagi "virtue ethics" ialah etika murni. Merujuk Kamus Dewan, etika bermaksud "1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing­-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera."Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
Keghairahan pelajar menulis ayat bombastik ada kalanya menimbulkan masalah untuk memahami maksud yang hendak disampaikan. Saya mohon untuk diteliti ayat di bawah gramatis atau tidak: Pada era globalisasi tanpa limitasi ini,dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita alpa dan lalaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh...

Selamat petang Puan Melati,

Memadai sekiranya pelajar puan menulis seperti ayat yang di bawah:

Pada era globalisasi ini, dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita abaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh...

Tatabahasa15.10.2012
bolehkah penggunaan ayat berikut: Tajuk buku ini membincangkan bagaimana Islam menggariskan nilai etika dan sistem akhlak sebagai panduan bagi manusia dalam urusan ekonomi. Penggunaan bagaiman dalam ayat di atas sesuai ke?"Bagaimanakah Islam menggariskan nilai-nilai etika dan sistem akhlak sebagai panduan kepada manusia khususnya dalam bidang ekonomi. Penggunaan bagaiman dalam ayat di atas sesuai ke?Makna07.11.2018
salam hormat, apakah makna tajuk: Keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja,di mana penyelesaiannya??? Terima kasih...

Sdr Frederick anak Gon,

Pertanyaan sdr ini berkaitan dengan tajuk Pertandingan Forum Remaja dan Pelajar  2009 yang dianjurkan oleh DBP, kini sedang giat berlangsung di seluruh negeri. Kami menasihat agar sdr membaca  buku dan majalah yang berkaitan dengan akhlak Remaja dan Pelajar. Sdr juga dinasihatkan agar berbincang dan berlatih bersungguh-sungguh dengan rakan-rakan supaya bersedia untuk menyertai pertandingan ini. Selamat membaca dan bertanding.

Lain-lain29.04.2009
Cerita hikayat perlu sebagai saluran pendidikan ke arah membentuk akhlak dan moral yang mulia. ayat ini ada apa-apa kesalahan ?Ayat yang dinyatakan betul.Tatabahasa16.07.2013
buku ini membincangkan bagaimana Islam menggariskan nilai etika dan sistem akhlak. soalan: Boleh ke pengguna 'bagaimana' di tengah ayat seperti di atas? jika tidak boleh apakah ayat yang sesuai. terima kasihKedudukan perkataan bagaimana dalam ayat tersebut adalah betul kerana selain berfungsi sebagai kata tanya, bagaimana juga membawa maksud 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: ( Kamus Dewan Edisi keempat)Tatabahasa03.12.2018
minta tolong cemak sistem bahasa ini. 1 "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. 2. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.1. " Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. - ayat ini boleh digunakan dan tiada masalah kerana bahasa percakapan dalam dialog.

2. Ayat yang betul ialah Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
Tatabahasa16.03.2018
1234

Kembali ke atas