Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.ki.bat]/[a.ki.bat] | عاقبة

Definisi : 1. kesan buruk drpd sesuatu peristiwa (perbuatan dll), kesudahan (yg tidak baik), padah: rakyat yg terpaksa menanggung pel­bagai ~ peperangan; rumah tangga yg porak-peranda ialah antara ~ yg disebabkan oleh perjudian dan minuman keras; 2. disebabkan (didatangkan dsb) oleh, (sbg) ke­sudahan dr: kepalanya pening ~ minum arak; kerosakan besar harta benda ~ banjir; akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahan­nya: apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini? berakibat 1. berakhir dgn, berkesudahan: perkelahian itu ~ dgn kematian; 2. berpunca: suatu perbuatan yg ~ drpd yg lain; mengakibatkan mendatangkan akibat, me­nye­babkan terdapatnya atau berlakunya se­suatu peristiwa dll (yg buruk): serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh; persengke­taan yg mungkin ~ peperangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.ki.bat]/[a.ki.bat] | عاقبة

Definisi : hasil atau keputusan drpd sesuatu peristiwa (perbuatan, keadaan dsb): Banyak rakyat yg menderita ~ pemberontakan itu. akibatnya hasilnya; akhirnya: Jika engkau berani melakukan perkara itu, engkau patut berani juga menanggung ~. mengakibatkan mendatangkan akibat; menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa: Kedegilan Israel telah ~ peperangan di Asia Barat berlanjutan hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akibat

Peribahasa

Kambing menyusui anak harimau,
     besar dia dipatahkan tengkuknya.

Bermaksud :

Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Panduan Umum

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 Bimbingan berkarya-menulis skrip drama cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu. Plot ialah jalan cerita yang memberikan maklumat cerita. Ia dibina oleh watak dan apa yang berlaku melalui kesan sebab dan akibat dalam ruang dan waktu. Penulis perlu memahami bahawa dalam sesebuah persembahan teater, usaha menarik perhatian penonton dan menahan perhatian mereka selama mungkin ialah tugas yang cukup penting. Sebuah plot mesti utama. Suspens sampingan ini diperlukan pada setiap adegan atau bahagian drama, yang akhirnya bergabung dengan keseluruhan momentum struktur drama tersebut. Dalam pembentukan plot, setiap watak bergerak dalam kerangka sebab dan akibat. Sesuatu peristiwa berlaku disebabkan oleh sesuatu alasan yang kukuh dan ia akan menghasilkan sesuatu akibat yang wajar. Ia merupakan hukum yang mempunyai logikanya yang tersendiri. Oleh itu, seseorang penulis perlu Highlighter.aspx?DocId=173&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=4&hits=756+8be+8cd+8ec+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Bimbingan berkarya-menulis skrip drama cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu. Plot ialah jalan cerita yang memberikan maklumat cerita. Ia dibina oleh watak dan apa yang berlaku melalui kesan sebab dan akibat dalam ruang dan waktu. Penulis perlu memahami bahawa dalam sesebuah persembahan teater, usaha menarik perhatian penonton dan menahan perhatian mereka selama mungkin ialah tugas yang cukup penting. Sebuah plot mesti utama. Suspens sampingan ini diperlukan pada setiap adegan atau bahagian drama, yang akhirnya bergabung dengan keseluruhan momentum struktur drama tersebut. Dalam pembentukan plot, setiap watak bergerak dalam kerangka sebab dan akibat. Sesuatu peristiwa berlaku disebabkan oleh sesuatu alasan yang kukuh dan ia akan menghasilkan sesuatu akibat yang wajar. Ia merupakan hukum yang mempunyai logikanya yang tersendiri. Oleh itu, seseorang penulis perlu Highlighter.aspx?DocId=37&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=4&hits=757+8bf+8ce+8ed+

Kembali ke atas