Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.ki.bat]/[a.ki.bat] | عاقبة

Definisi : 1. kesan buruk drpd sesuatu peristiwa (perbuatan dll), kesudahan (yg tidak baik), padah: rakyat yg terpaksa menanggung pel­bagai ~ peperangan; rumah tangga yg porak-peranda ialah antara ~ yg disebabkan oleh perjudian dan minuman keras; 2. disebabkan (didatangkan dsb) oleh, (sbg) ke­sudahan dr: kepalanya pening ~ minum arak; kerosakan besar harta benda ~ banjir; akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahan­nya: apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini? berakibat 1. berakhir dgn, berkesudahan: perkelahian itu ~ dgn kematian; 2. berpunca: suatu perbuatan yg ~ drpd yg lain; mengakibatkan mendatangkan akibat, me­nye­babkan terdapatnya atau berlakunya se­suatu peristiwa dll (yg buruk): serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh; persengke­taan yg mungkin ~ peperangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.ki.bat]/[a.ki.bat] | عاقبة

Definisi : hasil atau keputusan drpd sesuatu peristiwa (perbuatan, keadaan dsb): Banyak rakyat yg menderita ~ pemberontakan itu. akibatnya hasilnya; akhirnya: Jika engkau berani melakukan perkara itu, engkau patut berani juga menanggung ~. mengakibatkan mendatangkan akibat; menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa: Kedegilan Israel telah ~ peperangan di Asia Barat berlanjutan hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akibat

Peribahasa

Kambing menyusui anak harimau,
     besar dia dipatahkan tengkuknya.

Bermaksud :

Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
skin cream  Cecair pekat yang disapu pada lapisan luar kulit (epidermis) untuk melembapkan kulit, melindungi kesan terbakar akibat terik matahari, mencegah proses penuaan atau untuk tujuan rawatan tertentu. Krim ini terdiri daripada campuran bahan kimia tertentu sama ada yang diperoleh secara tabii atau sintetik. Bagi penggunaan yang lebih berkesan, krim ini disediakan menggunakan kaedah nanoteknologi, iaitu beberapa bahan kimia dikapsulkan dalam sfera kaca atau gel bersaiz nanometer.
Cooper pair  Keadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor.
self-cleaning window  Keadaan tingkap kaca yang disaluti filem tipis nanozarah titanium dioksida yang tidak memerlukan bahan pencuci untuk membersihkannya. Salutan zarah titanium dioksida mempunyai dua sifat. Pertama, zarah ini menyerap sinaran ultralembayung daripada cahaya matahari yang memberi kesan fotomangkinan untuk memecahkan kotoran bahan organik. Kedua, salutan tersebut menjadikan permukaan kaca bersifat hidrofilik. Titisan curahan air yang jatuh ke atas permukaan tersebut akan bergabung sambil menarik kotoran jatuh ke bawah. Tingkap seperti ini menjimatkan kos pencucian tingkap bangunan tinggi, di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat penggunaan bahan pencuci.

Kembali ke atas