Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.ki.bat]/[a.ki.bat] | عاقبة

Definisi : 1. kesan buruk drpd sesuatu peristiwa (perbuatan dll), kesudahan (yg tidak baik), padah: rakyat yg terpaksa menanggung pel­bagai ~ peperangan; rumah tangga yg porak-peranda ialah antara ~ yg disebabkan oleh perjudian dan minuman keras; 2. disebabkan (didatangkan dsb) oleh, (sbg) ke­sudahan dr: kepalanya pening ~ minum arak; kerosakan besar harta benda ~ banjir; akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahan­nya: apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini? berakibat 1. berakhir dgn, berkesudahan: perkelahian itu ~ dgn kematian; 2. berpunca: suatu perbuatan yg ~ drpd yg lain; mengakibatkan mendatangkan akibat, me­nye­babkan terdapatnya atau berlakunya se­suatu peristiwa dll (yg buruk): serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh; persengke­taan yg mungkin ~ peperangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.ki.bat]/[a.ki.bat] | عاقبة

Definisi : hasil atau keputusan drpd sesuatu peristiwa (perbuatan, keadaan dsb): Banyak rakyat yg menderita ~ pemberontakan itu. akibatnya hasilnya; akhirnya: Jika engkau berani melakukan perkara itu, engkau patut berani juga menanggung ~. mengakibatkan mendatangkan akibat; menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa: Kedegilan Israel telah ~ peperangan di Asia Barat berlanjutan hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akibat

Peribahasa

Kambing menyusui anak harimau,
     besar dia dipatahkan tengkuknya.

Bermaksud :

Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menyandang lemang hangat orang.Menderita kerana akibat perbuatan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kambing menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya.Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedikit hujan banyak yang basah.Kecelakaan kecil membawa akibat yang besar; pengetahuan sedikit tetapi cakap besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sama seperahu.Orang yang sama-sama terlibat dalam suatu hal yang membimbangkan, jika berlaku sesuatu kesusahan maka kesemuanya menanggung akibat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas