Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akhirnya, hasilnya, kesudahan­nya: apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hasilnya; akhirnya: Jika engkau berani melakukan perkara itu, engkau patut berani juga menanggung ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akibatnya

Peribahasa

Orang mencubit,
     kita menampar.

Bermaksud :

Berlainan perbuatan tetapi akibatnya sama merasa.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya nak tanya tentang 'sebagai akibat' atau 'sebagai akibatnya',yang mana betul? 'Sebagai akibatnya, imej seseorang remaja akan tercemar.',ayat ini betulkah?Yang betul ialah akibat atau akibatnya - Akibat/Akibatnya, imej seseorang remaja akan tercemar.Tatabahasa16.06.2010
Salam sejahtera tuan. Jika kita pandang rendah akan gaya hidup sihat akibatnya sendiri yang akan tanggung. Adakah ayat aktif ini dipasifkan kepada ayat yang berikut? Akibatnya sendiri yang akan tanggung jika gaya hidup sihat kita pandang rendah. Adakah ayat ini ayat pasif semu? Terima kasih.Ayat pasif yang lebih tepat adalah “Diri sendiri yang akan menanggung akibatnya jika gaya hidup sihat dipandang remeh”.Tatabahasa10.01.2022
Apakah peribahasa yang menepati maksud di bawah? orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. Terima kasih.Terdapat beberapa peribahasa yang menepati maksud "Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya". Antaranya:

1) Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah
2) Lain yang bengkak, lain yang bernanah
3) Lain yang untut, lain yang mengisut.
Lain-lain27.06.2015
Salam, Adakah 'Antaranya', 'Contohnya', 'Akibatnya', 'Sebenarnya' termasuk dalam penanda wacana? Terima kasih.Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.  Kesemua perkataan yang puan kemukakan bukan penanda wacana.Tatabahasa19.08.2014
Bolehkah jika menggunakan 'sebagai akibat' dan 'justeru itu'?

Yang betul ialah "akibat" atau "akibatnya" mengikut konteks penggunaan perkataan itu dalam ayat. Bagi  "justeru itu", yang betul ialah "justeru" yang bermaksud malahan atau bahkan.

Tatabahasa02.03.2009
Kekeliruante tentang penggunaan Penanda Wacana yang kerap digabungkan dengan kata ganti nama 'nya', sedangkan 'nya' membawa maksud dia iaitu ganti nama diri ketiga. Contoh-contoh yang saya dapat melalui bahan taklimat pihak Kementerian Pelajaran iaitu, Seterusnya, Tamsilnya, Misalnya, Contohnya, Kesannya, Akhirnya, Natijahnya, Tegasnya, Sesungguhnya, Akibatnya dan Secara keseluruhannya. Bukankah penggunaan ini merupakan satu bentuk kesalahan umum dalam tatabahasa ? Sekian, terima kasih.

Puan Allison,

Fungsi 'nya' dalam perkataan tersebut adalah sebagai kata pembenda. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. 

Tatabahasa15.05.2010
Apakah perbezaan makna antara perkataan "menyakiti" dengan menyakitkan" Kedua-duanya nampak sama saja. Terima kasih.

Menyakiti bermaksud menyebabkan orang berasa sakit atau menjadikan sakit seperti dalam contoh ayat: Sebenarnya polis tidak boleh menyakiti orang-orang tahanan, Kata-katanya menyakiti hatiku. Manakala menyakitkan bermaksud menimbulkan rasa sakit atau mendatangkan sakit, contohnya: Hulu kikir yang bujur akan menyakitkan tangan ketika menggunakannya. Berdasarkan contoh ayat yang diberi, menyakiti - akibatnya kena pada seseorang, manakala menyakitkan - akibatnya kena pada sesuatu/benda.

Tatabahasa29.11.2010
Salam, saya ingin bertanyakan penjodoh bilangan yang betul untuk bintang (jika banyak disebut gugus, namun bagaimana pula jika cuma satu bintang?) Saya sedang menulis cerita rakyat: Matahari dan Bulan merupakan pasangan suami isteri. Mereka dikurniai banyak cahaya mata, iaitu bintang-bintang ......... Namun apabila pulang, Bulan mendapati Matahari telah mengingkari perintahnya. Akibatnya, beberapa __________ anaknya telah mati dijilat api. Terima kasih.Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.  Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. Sungguhpun begitu, bukan semua perkataan boleh diberikan penjodoh bilangan. Akan tetapi, lazimnya untuk merujuk satu bintang digunakan penjodoh bilang sebutir, iaitu sebutir bintang.Tatabahasa29.12.2015
Cikgu, apakah beza antara "menyakiti" dengan "menyakitkan"? Adakah "menyakiti" mesti diikut objek orang dan objek hati, contohnya menyakiti Siew Meng dan menyakiti hati? Selain itu, mesti diikut oleh objek bahagian badankah "menyakitkan"? Contohnya: menyakitkan kaki saya.Menyakiti bermaksud menyebabkan orang berasa sakit atau menjadikan sakit seperti dalam contoh ayat: Sebenarnya polis tidak boleh menyakiti orang-orang tahanan, Kata-katanya menyakiti hatiku.

Manakala menyakitkan bermaksud menimbulkan rasa sakit atau mendatangkan sakit, contohnya: Hulu kikir yang bujur akan menyakitkan tangan ketika menggunakannya.

 Berdasarkan contoh ayat yang diberi, menyakiti - akibatnya kena pada seseorang, manakala menyakitkan - akibatnya kena pada sesuatu/benda.
Tatabahasa28.02.2015
Salam bahagia, sesetengah pelajar begitu ghairah menggunakan kata 'rentetan' untuk mengungkapkan maksud 'ekoran' atau 'akibat' atau 'gara-gara' dalam penulisan karangan. Sudah berkali-kali saya merujuki Kamus Dewan untuk memastikan penggunaan kata itu betul kerana penggunannya begitu lelluasa sekali. Sebagai contohnya, "Penghidupan nelayan di negara kita terancam rentetan pencemaran laut." Ada pula menggunakan frasa 'rentetan itu' untuk membawa maksud 'sebagai akibatnya'. Contohnya, "Renteran iu, remaja ponteng sekolah dan berpelesiran di kompleks beli-belah." Adakah kata 'rentetan' sesuai dalam konteks kedua-dua kalimat tersebut? Sila berikan penjelasan agar semua pengguna bahasa Melalyu mendapat manfaat daripadanya. Salam hormat, Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Rentetan bermaksud deretan peristiwa atau bunyi. Penggunaan perkataan rentetan hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. Dalam hal ini guru boleh memainkan peranan untuk membimbing pelajar menggunakan perkataan yang betul berdasarkan konteks ayat.Makna21.12.2016
12

Kembali ke atas