Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.tif] | اکتيف

Definisi : 1. giat (bekerja, berusaha), cergas: ia sedang ~ dlm pergerakan politik; ahli-ahli jawatankuasa yg ~; 2. (Lin) menunjukkan subjek ayat melakukan sesuatu terhadap objek; ayat ~ ayat yg subjeknya melakukan sesuatu terhadap objek (mis ia memukul anjing); mengaktifkan membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan: ~ kembali parti yg hampir mati; keaktifan kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dsb): kerana ~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita; pengaktifan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengaktifkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.tif] | اکتيف

Definisi : 1 giat bekerja atau berusaha: Dahulu dia memang ~ dlm bidang politik, tetapi sekarang sudah bosan agaknya. 2 kuat; bertenaga: Sungguhpun ayahnya sudah berumur tujuh puluh tahun, tetapi masih ~. mengaktifkan membuat supaya menjadi aktif; menggiatkan. keaktifan keadaan atau hal aktif. pengaktifan perbuatan atau hal mengaktifkan. pengaktif sesuatu (bahan dsb) yg mengaktifkan: ~ enzim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktif


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
active sensorsensor aktifpenderia aktif; sensor aktifpenderia aktif; sensor aktifAeroangkasa
active-gain regiondaerah peroleh aktif/kawasan gandaan aktifkawasan gandaan aktif/kawasan laba aktifkawasan gandaan aktif/ kawasan laba aktifKejuruteraan
activeaktifaktifaktifLinguistik
active videovideo aktifvideo aktifvideo aktifTeknologi Maklumat
active subwoofersubwufer aktifsubwoofer aktifsubwufer aktifTeknologi Maklumat
active partnerrekan aktifrakan aktifpekongsi aktifSains Politik
active runwaylandasan aktiflandasan aktiflandasan aktifKejuruteraan Kapal Terbang
active systemsistem aktifsistem aktifsistem aktifAeroangkasa
active satellitesatelit aktifsatelit aktifsatelit aktifAeroangkasa
active filtertapis aktifpenuras aktifpenuras aktifAeroangkasa
12345678910...

Kembali ke atas