Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.tif] | اکتيف

Definisi : 1. giat (bekerja, berusaha), cergas: ia sedang ~ dlm pergerakan politik; ahli-ahli jawatankuasa yg ~; 2. (Lin) menunjukkan subjek ayat melakukan sesuatu terhadap objek; ayat ~ ayat yg subjeknya melakukan sesuatu terhadap objek (mis ia memukul anjing); mengaktifkan membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan: ~ kembali parti yg hampir mati; keaktifan kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dsb): kerana ~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita; pengaktifan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengaktifkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.tif] | اکتيف

Definisi : 1 giat bekerja atau berusaha: Dahulu dia memang ~ dlm bidang politik, tetapi sekarang sudah bosan agaknya. 2 kuat; bertenaga: Sungguhpun ayahnya sudah berumur tujuh puluh tahun, tetapi masih ~. mengaktifkan membuat supaya menjadi aktif; menggiatkan. keaktifan keadaan atau hal aktif. pengaktifan perbuatan atau hal mengaktifkan. pengaktif sesuatu (bahan dsb) yg mengaktifkan: ~ enzim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
active hubhab aktifTeknologi MaklumatTiadaAlat penyambung(komputer) dalam rangkaian yang menjana semula dan menghantar semula isyarat dalam rangkaian bintang aktif. Hab aktif boleh digunakan untuk menambah stesen kerja kepada rangkaian atau untuk memanjangkan jarak kabel antara stesen kerja dan penyimpan fail. Ini kerana hab aktif mampu menguatkan isyarat yang dihantar melalui rangkaian. Lihat juga hab
active userpengguna aktif; penerima aktifKependudukanTiadaTiada
active absorptionpenyerapan aktif; serapan aktifPerhutananTiadaTiada
active depositionpemendapan aktif; pelonggokan aktifGeologiTiadaTiada
active absorptionpenyerapan aktif; serapan aktifPertanianTiadaTiada
active ingredientramuan aktifHerbaPemiawaianBahan atau sediaan ubat herba yang mengandungi juzuk aktif, yang boleh memberikan kesan perubatan. Kandungan aktif dipiawaikan berdasarkan jumlah kandungan bahan aktif yang ditetapkan. Contohnya, ramuan aktif ekstrak tongkat ali (Eurycoma longifolia) mengandungi eurikomanon sebanyak 10% dan bahan lain seperti eurikomalakton.
activeaktifPerubatanTiadaBertenaga dan dapat bertindak atau tidak pasif, misalnya keimunan aktif dan serapan aktif.
active-region filamentfilamen kawasan aktifMatematikTiadaFilamen di antara semarak aktif dengan semarak tak aktif.
active sitetapak aktifHerbaFitokimiaBahagian dalam enzim yang menjadi tapak atau tempat pemangkinan atau pengikatan kepada substrat disebabkan oleh struktur dan sifat kimia tapak aktif tersebut. Tapak aktif biasanya berupa kocek kecil pada permukaan enzim yang mengandungi residu yang bertanggungjawab terhadap kekhususan substrat seperti kehidrofobikan atau halangan stearik. Tapak aktif juga boleh merupakan residu katalitik yang biasanya bertindak sebagai penderma atau penerima protein, atau bertanggungjawab kepada pengikatan kofaktor seperti PLP, TPT atau NAD. Tapak aktif juga merupakan tapak perencatan bagi enzim.
active ingredientkandungan aktifHerbaTiadaJuzuk aktif bahan atau sediaan ubat herba. Sekiranya juzuk berterapi diketahui, kandungan aktif dipiawaikan berdasarkan sejumlah kandungan bahan aktif yang ditetapkan.
12345678910...

Kembali ke atas