Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a/.wal]/[aq.wal] | اکوت

Definisi : bkn penyakit yg muncul dgn tiba-tiba, teruk keadaannya, dan agak singkat tempoh­nya: leukemia ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a/.wal]/[aq.wal] | اکوت

Definisi : ist bkn penyakit yg muncul dgn tiba-tiba, teruk keadaannya, dan agak singkat tempohnya: leukemia ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akut


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RINDERPEST

Rinderpest, juga dikenali sebagai wabak lembu,

ialah penyakit yang akut, sangat berjangkit pada

lembu dan anggota-anggota lain dalam famili ox.

UMUM 
DELIRIUM TREMENS

Delirium tremens yang kerap dikenali sebagai

DT’s, ialah gangguan saraf dan mental akibat

alkoholisme akut. Ramai orang menjadi benar-benar

terganggu dan mengalami delirium tremens

akibat meminum arak yang luar biasa lamanya

dan banyaknya.

UMUM 
OSTEOMIELITIS

Osteomielitis ialah keradangan tulang dan

sumsum tulang , iaitu bahan bak jeli dalam teras

tulang. Osteomielitis disebabkan oleh jangkitan,

biasanya oleh bakteria yang dikenali sebagai

Stafilokokus aureus . Jangkitan sumsum tulang boleh

berlaku jika seseorang mempunyai patah kompaun.

Dalam patah sedemikian, sumsum tulang boleh

terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria.

Dalam kes-kes lain, darah membawa bakteria dari

bisul, dari tonsil yang dijangkiti, atau dari jangkitan di

bahagian lain dalam badan ke sumsum tulang. Gejala

osteomielitis akut termasuk demam, kesejukan,

kesakitan pada tulang yang dijangkiti, dan loya.

Doktor biasanya merawat jangkitan ini dengan

antibiotik. Kadangkala, penyaliran melalui

pembedahan perlu dilakukan. Kelewatan merawat

osteomielitis boleh menyebabkan pemendekan

tulang dan seterusnya kecacatan.

UMUM 

Kembali ke atas