Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar Yang Maha Layak Menerima Pujian (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Hamid


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABU HAMID AL-GHAZZALIY

Abu Hamid al-Ghazzaliy ialah pemidato Islam.

Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn

Muhammad ibn Muhammad, Abu Hamid al-

Ghazzaliy. Dia lahir di Tus. Bapanya meninggal

dunia ketika dia masih kanak-kanak. Dia dipelihara

beberapa lama oleh seorang sufi yang telah

diwasiatkan oleh bapanya. Selepas itu, dia

diletakkan di institusi kebajikan untuk tinggal dan

belajar di situ. Kemudian, dia pergi ke Naysabur

untuk mempelajari ilmu tasawuf dengan Imam al-

Faramidi. Di samping itu, dia  belajar ilmu fikah

dan ilmu kalam dengan Imam al-Haramayn.

Kemudian dia menyertai Majlis Diraja di bawah

pemerintahan menteri Saljuk tahun 478 H. (1085

M.), dan kekal di situ selama enam tahun. Kemudian

dia dipilih oleh menteri menjadi ustaz di Baghdad.

Dia mengajar di situ selama empat tahun (484 H.–488

H.). Ketika tempoh tersebut dia mengalami keraguan

tentang ilmu falsafah dan telah mengarang dua

buah buku yang berjudul: Maqasid al-Falasifah ,

yang mengemukakan falsafah al-Farabiy dan Ibn

Sina. Buku kedua berjudul Tahafut al-Falasifah , yang

mengkritik tentang falsafah al-Farabiy dan Ibn Sina.

Dia telah meninggalkan Baghdad, dan menjalani

kehidupan zuhud selama 10 tahun. Kemudian, dia

mengajar semula di Naysabur. Selepas tahun 500 H./

1106 M., dia berhenti mengajar sehinggalah hari

kematiannya.

UMUM 
GHABID, HAMID AL- UMUM 
DARDIRIY, ABU BARAKAT AL-

Dardiriy, Abu Barakat al- (1127–1201 H.),

pakar dalam ilmu Fiqh dan pengikut Mazhab

Maliki. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn

Muhammad ibn Ahmad, Abi Hamid al-‘Adawiy.

Dia terkenal dengan panggilan al-Dardiri Abu

Barakat.

UMUM 
ISMAIL HAMID

ISMAIL HAMID, (1939 -    ) penyelidik sastera klasik. Dia lahir pada 18 Februari 1939 di Perlis. Setelah tamat persekolahan rendah di Sekolah Melayu, dia meneruskan pelajarannya di Sekolah Arab Alawiyah al-Diniyah, Perlis (1951-1959). Dari tahun 1967 hingga tahun 1970, dia menjadi penuntut di Universiti Malaya hingga mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera. Pada tahun 1972, dia memperoleh ijazah Sarjana Sastera dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat.

SASTERATokoh
QALAM PRESSQALAM PRESS,  penerbit buku. Nama penuh Qalam Press ialah Qalam Press Limited.  Penerbitan ini diusahakan oleh Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus pada bulan September 1951 di Kedai No. 356 dan 358, Geylang Road, Singapura.SASTERAPenerbitan
ANEKA WARNA

ANEKA WARNA, majalah pengetahuan am yang diterbitkan pada bulan Oktober 1954 oleh Qalam Press Limited, Singapura.  Pengarangnya ialah Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus (Ahmad Lufti).  Majalah bulanan ini diterbitkan dalam tulisan Jawi dengan berukuran 17 cm x 12 cm.  Keluaran pertamanya mengandungi 66 halaman, kemudian ditambah menjadi 90 halaman.

SASTERAKonsep
QALAMQALAM, majalah bulanan bertulisan Jawi.  Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Julai 1950 hingga bulan Ogos 1969.  Majalah ini diterbitkan oleh Qalam Press Limited, Singapura.  Pengarangnya ialah Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus (1950 - 1968), Abdullah Basmeih (1950 - 1965) dan Syed Jaafar Albar (1955).SASTERAPenerbitan
SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI

SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI ( ? – 1847), penulis dan ulama Patani, Thailand. Nama penuhnya ialah Syeikh Wan Daud bin Abdullah bin Idris al-Fatani. Beliau lahir di Kersik, Patani. Ada pendapat yang mengatakan beliau lahir di Bendang Gucir, Patani atau Parit Marhum, Patani. Tarikh lahirnya juga tidak dapat dipastikan sama ada pada tahun 1721 atau 1742 atau 1769. Datuknya, Wan Idris digelar dengan Senik atau Tuk Wan Derasid dan berketurunan Raja Campa. Ayah Tuk Wan Derasid bernama Wan Abu Bakar bin Tuk Kaya Pandak bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela bin Mustafa Datuk Jambu/Sultan Abdul Hamid Syah ibni Sultan Muzaffar Waliullah ibni Sultan Abdullah `Umdatuddin (Wan Abu atau Wan Bo Teri Teri atau Maulana Israil (Raja Campa 1471). Ibu Syeikh Daud bernama Fatimah anak Wan Salamah binti Tuk Banda Wan Su bin Tuk Kaya Rakna Diraja bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela; di sinilah bertemunya nasab ayah dan nasab ibu Syeikh Daud.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AHMAD LUTFI

AHMAD LUFTI (1911-1966), penulis, penerbit dan wartawan Singapura. Dia lahir

pada 11 Julai 1911 di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Nama

sebenarnya ialah Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus, berketurunan Arab.

SASTERAKonsep
MAHMUD II

Mahmud II (1199 H.–1255 H./1784 M.–1839 M.)

ialah Sultan Mahmud II putera Sultan Abdul Hamid

I, salah seorang sultan kerajaan Uthmaniyyah.

Baginda lahir di Islambul (sekarang digunakan

nama Istanbul) dan menduduki takhta

pemerintahan selepas abangnya, Sultan Mustafa IV

pada tahun 1223 H./1808 M. Namanya dikaitkan

dengan gerakan pembaikan dalaman bagi

menyusun semula kerajaan dan memerangi

gerakan reformasi di Najd yang diketuai oleh Imam

Muhammad ibn Saud dan Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab lebih-lebih lagi apabila gerakan ini

mampu menggabungkan Hijaz dan Ahsa dalam

Kerajaan Pertama Saudi. Namanya juga dikaitkan

dengan penyusunan tentera Turki dan

menukarkannya kepada sistem ketenteraan yang

teratur. Usaha penyusunan tentera ini selesai pada

tahun 1241 H./1825 M.

UMUM 
12

Kembali ke atas