Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (ar-Rahman) Ar Yang Maha Pe­mu­rah dan Yang Memberi Rahmat (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Rahman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakan ejaan yang betul bagi contoh perkataan di bawah 1. Al Rahman 2. Ar RahmanEjaan yang betul ialah al-Rahman. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan17.11.2008
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: Surah Ar-Rahman atau surah Ar-Rahman? Juga, bolekah perkataan surah ini digantikan dengan perkataan surat, contoh: Surat Ar-Rahman? Terima kasih!Ejaan yang betul ialah Surah al-Rahman. Perkataan surah lebih tepat jika merujuk bahagian atau bab yang me­ngisahkan sesuatu dalam al-Quran.Ejaan05.06.2020
Tunku Abdul Rahman Al-Haj ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. __________ diputerakan di Alor Star, Kedah. Soalan: manakah pilihan jawapan yang sesuai beliau @ baginda. Terima kasih.Tunku Abdul Rahman Al-Haj ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baginda diputerakan di Alor Star, Kedah. Tatabahasa05.08.2008
Apakah kata ganti nama diri untuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam ayat di bawah? Baginda atau beliau? Terima kasih. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia. Baginda/Beliau telah mengetuai rombongan ke London bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
1. Menurut data kami, kata ganti nama diri bagi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah "beliau".
Lain-lain09.08.2016
Saya ingin bertanya tentang beberapa perkara: 1. Penggunaan 'almarhum' yang tepat Contoh: Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman atau al-marhum Tuanku Jaafar ibni al-marhum Tuanku Abdul Rahman 2. Penggunaan koma atau "spacing" untuk nombor Contoh: 2 000 atau 2,000 dan adakah ia sama sama ada untuk penggunaan harga atau jumlah orang? 3. penggunaan huruf besar untuk kata hubung Contoh: Senarai Negeri Yang Pernah menjadi Tuan Rumah Untuk Sukan Malaysia atau Senarai Negeri yang Pernah menjadi Tuan Rumah untuk Sukan Malaysia? Adakah penggunaan yang perta(huruf besar untuk awalan kata hubung dibenarkan di dalam penulisan?) Sekian sahaja soalan saya untuk kali ini. Terima kasih.

1. Ejaan yang betul ialah "Almarhum"

2. Kedua-duanya dibenarkan.

3. Awalan kata sendi nama hendaklah ditulis dengan huruf kecil, contohnya Senarai Negeri yang Pernah Menjadi Tuan Rumah untuk Sukan Malaysia.

 

Tatabahasa15.11.2011
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan penggunaan tanda baca yang sesuai bagi ayat terjemahan al-Quran. Soalan 1 Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas, maka ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku! Atau Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas! Maka, ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku. Soalan 2 Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian? Atau Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian! Soalan 3 Biasanya, ayat terjemahan al-Quran sangat panjang dan isi ayat agak meleret sehingga peletakan tanda baca menjadi sangat mengelirukan. Bolehkan pihak DBP ulaskan perkara ini dan berikan contoh bagaimana kami dapat menyelaraskan penggunaan tanda baca dalam kitab terjemahan al-Quran kami? Terima kasih.Penggunaan tanda baca yang tepat bagi ayat terjemahan al-Quran tersebut ialah:
1. Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas, maka ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku!
2. Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian?

Manakala untuk soalan ketiga, penerbitan bahan yang mengandungi terjemahan ayat al-Quran, pihak kami akan merujuk kepada terjemahan al-Quran Pimpinan al-Rahman. Walau bagaimanapun, pihak puan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Yayasan Restu berkaitan hal ini. Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.10.2020
pemimpin negara yang sangat saya SANJUNG ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj PILIH perkataaan seerti bagi SANJUNG A puji B suka Cgemar D hormat terima kasihSanjung membawa maksud; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn ber­lebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji.

Dalam konteks ayat tersebut perkataan hormat boleh digunakan.
Tatabahasa27.05.2015
Ahmad Faisal Abd Rahman SUN 18:07 Ahmad Faisal Abd Rahman Ahmad Faisal Assalamualaikum. Boleh saya tahu, adakah pihak tuan ada menyediakan perkhidmatan belian buku secara pos/online? Saya berminat untuk membeli karya2 arwah guru saya; ustaz azman al-kurauwi. Terima kasih atas perhatian dari pihak tuanWaalaikumussalam. Encik boleh menghubungi Bahagian Pemasaran melalui talian 0341012328Lain-lain04.12.2016
Fred Zain Apr 1st, 3:23pm Assalamualaykum, Saya memerlukan buku bertajuk Ulum al-Hadith yang ditulis oleh Mohd. Muhiden Abd. Rahman dengan kadar segera. Boleh tak saya beli secara pos?Tuan/Puan boleh mendapatkan buku terbitan DBP di pasaran dengan melawati laman http://niaga.dbp.my atau alamdbp.myshopify.com atau http://lazada.com.my atau fb DBPNiaga. Selain itu, puan juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas menerusi panggilan telefon 03-41012328 sekiranya ingin mengetahui tentang stok buku atau sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih.Lain-lain01.04.2015
Ibadurrahman (hamba yang disayang Yang Maha Pengasih? (Surah al-Furqan, ayat 63) Jika mahu kekalkan perkataan ibadurrahman, bagaimana ejaannya?Dalam ungkapan umum perkataan yang lazim kita temukan ialah Abdul Rahman, iaitu nama lelaki yang beragama Islam. Jika tidak dikaitkan dengan nama orang, ungkapan yang betul ialah terjemahannya, hamba yang disayangi Yang Maha Pengasih kerana عبد الرحمن ialah perkataan Arab dan perkataan Arab tertakluk pada keiaitu dudukan atau fungsinya di dalam ayat dan barisnya akan berubah mengikut fungsi yang tersebut. Oleh itu, jika tuan hendak menggunakannya dalam konteks umum, maka gunakanlah terjemahan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu dan jika tuan ingin mengekalkan penggunaannya seperti dalam bahasa Arab, maka hendaklah sesuai dengan konteks penggunaannya. Contohnya dalam buku agama yang memerihalkan tajuk yang berkaitan.Lain-lain02.12.2013
12

Kembali ke atas